Penduduk Gembira, Terharu Muhyiddin Sudi Bertandang

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 6:30 PM

Muhyiddin (kanan) melawat keluarga penduduk Kampung Pantai Tujoh, Nik Yusof Nik Hassan, (dua, kanan) sempena lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri dalam kempen PRK DUN N.01 Pengkalan Kubor di sini, Isnin.

(Ubah saiz teks)

TUMPAT:"Kami hanya mampu ucapkan 'terima kasih' sebab dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sudi berkunjung ke rumah buruk kami. Memang dia seorang pemimpin yang baik dan kami sekeluarga sentiasa menyokong Barisan Nasional (BN)".


Itulah yang diungkapkan Nik Yusof Nik Hassan, 73, yang jelas gembira dan terharu dengan kunjungan Timbalan Perdana Menteri ke rumahnya di Kampung Tujoh di sini, Isnin.

Beliau berkat, dia dan isterinya Fauziah Hussin, 65, seharian membersihkan halaman dan bahagian dalam rumah apabila tahu yang Timbalan Perdana Menteri akan melawat rumah mereka.

"Saya dapat tahu mengenai perkara ini semalam (Ahad), ada orang beritahu saya tentang lawatan TPM... kami buat persiapan macam nak raya bila dapat tahu yang TPM ingin datang ke rumah kami," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Muhyiddin.

Ibu tunggal Patmah Salleh, 61, berkata kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke rumahnya adalah satu pengalaman yang menakjubkan dalam hidupnya.

"Tak pernah lagi ada pemimpin negara datang ke rumah saya, ini kali pertama dan saya amat gembira dengan kehadirannya.

"Saya terkejut dan terharu la... memang susah nak dapat peluang macam ini, biasanya saya tengok dia (Muhyiddin) dalam televisyen sahaja," katanya.

Timbalan Perdana Menteri hadir ke Pengkalan Kubor buat kali keenam sebagai rangka lawatan untuk menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Khamis ini.

Muhyiddin memulakan lawatannya dengan melawat dua buah rumah di Kampung Tujoh sebelum ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat bagi merasmikan Majlis Anugerah Pengiktirafan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Beliau kemudiannya beramah mesra dengan anggota Sahabat AIM sekitar Tumpat sebelum pulang ke ibu negara.

PRK DUN Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar daripada BN pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan