Isu MB: Istana Selangor Umum MB Baharu 9 Pagi Esok - Berita Semasa | mStar

Isu MB: Istana Selangor Umum MB Baharu 9 Pagi Esok

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 5:53 PM

Upacara mengangkat sumpah menteri besar yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, pagi Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Istana Selangor akan membuat pengumuman rasmi calon menteri besar yang baharu pada pukul 9 pagi Selasa.

Terdahulu, seorang sumber dipetik sebagai berkata, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali disahkan akan mengambil alih kerusi panas itu daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Upacara mengangkat sumpah akan diadakan di Istana Alam Shah pada pukul 10 pagi Selasa dan menteri besar yang baharu akan mengadakan sidang media pertamanya selepas itu.

Tags / Kata Kunci: MB Selangor , Azmin Ali , Istana Selangor
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan