MB Selangor Yang Baharu Hanya Diketahui Pagi Esok

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 5:23 PM

Kakitangan kerajaan negeri Selangor membawa sepanduk tanda sokongan terhadap kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sempena persiapan hari terakhir beliau sebagai menteri besar di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK) Sulatan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Istana Selangor hanya akan mengumumkan nama menteri besar Selangor yang baharu pagi Selasa pada hari majlis mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri itu dijadual berlangsung.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata ini kerana Sultan Sharafuddin Idris Shah masih belum memberi perkenan untuk pihaknya mengumumkan perkara itu pada Isnin.

"Maaf, Tuanku belum berkenan lagi untuk buat 'statement' (kenyataan) hari ini. Pengumuman dan kenyataan akhbar akan dibuat esok pagi," katanya.

Nama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali, Adun Cempaka Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi disebut-sebut sebagai calon bagi mengisi jawatan menteri besar Selangor ke-15 itu.

Jumaat lepas, Istana Selangor dilapor akan mengumumkan nama menteri besar yang baharu selewat-lewatnya hari ini bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin.

Mohamad Munir dilaporkan berkata pengumuman akan dibuat sama ada menerusi kenyataan akhbar atau sidang media.

Majlis angkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu dijadual diadakan di Istana Alam Shah, Klang, pada 10 pagi Selasa.
Tags / Kata Kunci: MB Selangor , Mohamad Munir Bani

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan