Kenyataan 'Kerajaan PAS Kelantan Bakal Runtuh' Hanya Peringatan - Suhaizan

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 3:41 PM

Suhaizan Kaiat

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR: Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuatnya di Muktamar PAS ke-60 baru-baru ini bahawa kerajaan Kelantan bakal runtuh hanyalah satu peringatan.


Katanya, selain peringatan kepada anggota Pemuda PAS, khususnya di Kelantan, ia juga dibuat atas semangat kasih sayang terhadap parti.

Beliau berkata, walaupun faktor 'Tok Guru' (Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat) adalah penting di Kelantan, PAS, terutamanya Pemuda parti di negeri berkenaan perlu mencari faktor alternatif supaya PAS terus kekal memerintah Kelantan.

"Saya yakin dan percaya dengan nasihat itu mereka akan mencari satu alternatif bagaimana faktor (Tok Guru) itu boleh digantikan dengan faktor lain.

"Contohnya mewujudkan satu keyakinan baharu kepada rakyat kelantan, mencari projek tertentu yang baharu dan segar supaya ia dapat menggantikan faktor 'Tok Guru' itu. Mereka kena sedar perkara itu," katanya kepada pemberita di Markas Besar PAS di sini, Isnin.

Menurut beliau, apa yang dinyatakannya itu tidak bermaksud faktor 'Tok Guru' harus dihapuskan di Kelantan.

Beliau juga menafikan bahawa kenyataannya itu menunjukkan seolah-olah Kelantan, di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berada dalam keadaan tidak baik.

"MB Kelantan bagus (pentadbiran), tapi masih tak dapat lari daripada faktor Tok Guru.

"Faktor Tok Guru memang ada dan ia perlu dilihat dengan lebih objektif," katanya.

Jelasnya, faktor pengganti tidak semestinya hanya satu, sebaliknya ia boleh meliputi beberapa perkara.

Suhaizan, ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat  menyatakan kebimbangannya terhadap kepimpinan PAS di Kelantan yang disifatkan dipengaruhi oleh ketokohan Nik Aziz.

Beliau berkata, tidak mustahil pentadbiran PAS Kelantan yang kini kuat dengan pengaruh Nik Aziz bakal berhadapan nasib sama ketika parti itu mentadbir Kedah dan Terengganu apabila hanya mampu bertahan selama satu penggal.

Tags / Kata Kunci: Kelantan , PAS , Ketua Pemuda PAS

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan