Guan Eng Enggan Komen Khabar Angin Azmin Dipilih MB Selangor

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 5:13 PM

Lim Guan Eng.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan memberi komen berhubung khabar angin menyatakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali akan dilantik menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita belum dapat laporan rasmi. Kalau ada laporan rasmi baru saya akan buat komen. Selagi tidak ada laporan dan pengumuman rasmi daripada istana, saya tidak mahu buat komen. 

"Dan kalau nak buat apa-apa komen, tunggu kita adakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) malam ini, lepas itu akan buat pengumuman rasmi," kata Setiausaha Agung DAP itu kepada pemberita di sini Isnin.

Satu laporan berita menyatakan Mohamad Azmin yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa akan dilantik bagi menggantikan Abdul Khalid dan pengumuman dijangka dibuat oleh Istana Selangor pada Isnin.

Berhubung dakwaan soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Tamil dan Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bocor, Lim berkata kebocoran itu adalah merupakan kelemahan dalam sistem kawalan dalaman.

Katanya kelemahan itu berterusan berikutan tiada tindakan serius diambil.

Pada Ahad, Lembaga Peperiksaan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung dakwaan soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Tamil dan Matematik bocor selepas kes kebocoran soalan kertas Bahasa Inggeris dan Sains UPSR.
Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , PKR , DAP , Azmin Ali , MB Selangor

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan