Gejala ILI: 68 Pelajar Kolej Vokasional Temerloh Diasingkan

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 8:40 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Sebanyak 68 pelajar Kolej Vokasional Temerloh, Sanggang, di sini disahkan mempunyai gejala penyakit menyamai Influenza (ILI) kini diasingkan di sebuah dorm di kolej itu sebagai langkah isolasi.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail berkata gejala ILI itu dikesan sejak 17 September lepas melibatkan 122 orang daripada 531 pelajar di kolej berkenaan yang menghidap simptom ILI seperti batuk, selesema, demam dan sakit tekak.

Katanya, kesemua pelajar dirujuk di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh sebagai pesakit luar dan daripada 122 orang itu, 68 orang yang melibatkan 46 lelaki dan 22 perempuan mempunyai gejala ILI diasingkan di dorm berasingan sebagai langkah isolasi.


Dr Norhizan berkata pelajar berkenaan diasingkan bagi mengelakkan penyakit terbabit menular kepada pelajar lain. 

Katanya pelajar lain yang tiada gejala ILI dibenar menjalani kelas seperti biasa.

Beliau berkata pihak sekolah telah mengambil langkah pencegahan dan pengawalan termasuk membekalkan topeng muka kepada pelajar.

Menurutnya kejadian itu merupakan kejadian terpencil di kolej berkenaan, namun pihak Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh sentiasa memantau keadaan di kolej berkenaan.

Tags / Kata Kunci: ILI , KV Temerloh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan