Dialog Umum EIA Forest City Kecoh, Pemaju Diasak Penduduk

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 12:02 AM

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Sesi Dialog Umum Kajian Impak Alam Sekitar Terperinci projek Forest City kecoh apabila pemaju Country Garden Pacific View (CGPV) Sdn Bhd diasak pelbagai soalan oleh penduduk Kampung Pok yang terkesan daripada projek tersebut.

Rata-rata penduduk menyatakan rasa tidak puas hati apabila tidak dibawa berbincang sebelum perlaksanaan projek tersebut yang melibatkan pembinaan pulau buatan manusia lebih 1,600 hektar di barat daya Johor Baharu di Selat Johor.

Lebih 100 penduduk yang hadir di Dewan Raya Kampung Pok itu mempersoalkan ketelusan pemaju apabila mendakwa telah mendapat pandangan 10 peratus penduduk di situ yang merupakan sebahagian besarnya adalah nelayan sedangkan ramai lagi yang tidak tahu menahu mengenai projek tersebut.

Nelayan, Hanuar Isa, 49, mempersoalkan apa bentuk faedah yang boleh diterima golongan nelayan yang jelas akan terjejas secara langsung apabila tempat mereka mencari makan selama ini ditambak.
 
"Apa akan jadi dengan nasib kami, macam mana kami nak cari makan kalau laut dah dikambus...mana kami nak cari ikan dan hasil laut. Jadi saya nak tanya apa bentuk penglibatan yang diberi kepada orang Melayu.

Hanuar berkata sejarah membuktikan apabila ada projek seumpama itu dijalankan, sudah pasti pihak yang terlibat akan terjejas dan penduduk kampung seperti mereka ibarat menumpang di tempat sendiri.

Seorang guru, Hanafi Pilus, 47, menyatakan bahawa mereka tidak menentang sebarang pembangunan, namun terkilan apabila perkara penting seperti itu tidak dibincang bersama penduduk.

Pada masa sama, beliau juga mencadangkan supaya pihak pemaju membuat perbincangan semula dengan semua pihak yang bakal terkesan dengan pembangunan projek mega tersebut dan paling penting mendengar luahan dan pandangan mereka.
 
"Justeru, saya cadangkan supaya sesi ini ditangguh dan pemaju dapatkan pandangan daripada semua pihak terlibat, bermula semula dari awal supaya penduduk tidak berasa dipinggirkan dalam sesi perbincangan projek itu," katanya.

Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Gelang Patah merangkap Pengerusi Biro Perumahan, Hartanah dan Setinggan Fakhrul Anwar Ramli mencadangkan supaya diwujudkan laporan bebas mengenai kesan jangka panjang terhadap penduduk sekitar projek berkenaan.
 
"Umno Bahagian tidak berkompromi dengan cadangan berkenaan dan meminta supaya satu laporan bebas dibentangkan kepada semua pihak berkepentingan," katanya.

Sementara itu pengurus projek itu, Datuk Zamani Kasim menegaskan pihaknya sentiasa mengambil kira pandangan pihak yang berkepentingan di dalam projek itu khususnya penduduk.
 
"Projek ini masih di peringkat awal lagi dan penambakan itu hanya projek perintis kami. Banyak lagi perbincangan akan dibuat selepas ini untuk mengambil kira keperluan penduduk," katanya.

Pembinaan empat buah pulau dijalankan secara berfasa dan mengambil masa selama 30 tahun untuk dibangunkan dan tertakluk kepada keadaan ekonomi negara.

Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Datuk Md Othman Yusof berkata projek tersebut akan memberi limpahan ekonomi kepada rakyat negeri ini pada masa akan datang.

Ia bakal memberi ruang kepada rakyat Johor untuk memiliki rumah mampu milik selain kebajikan rakyat juga terbela kerana kerajaan negeri juga mempunyai pegangan saham dalam projek tersebut.
 
"Kita sedih kalau rakyat Johor sendiri yang menentang pembangunan kerana sampai bila kita hendak menjadi halaman belakang atau dapur kepada Singapura yang sudah lama menambak tanah dan kita pula baru nak mula," katanya.

Projek Forest City yang mempunyai nilai pembangunan kasar dianggarkan RM600 bilion di atas tanah tambak itu adalah kerjasama antara KPRJ yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Johor dan pemaju dari China, Country Garden Holdings Co Ltd.

Projek tersebut juga dilaporkan menimbulkan kerisauan Singapura sehingga menyebabkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kesan projek berkenaan.

Tags / Kata Kunci: projek Forest City

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan