MB Baharu: Azmin Adakan Pertemuan Dengan Anwar

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 2:35 PM

Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difahamkan berhubung perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu tiba di Ibu Pejabat PKR di sini pada kira-kira pukul 1.05 tengah hari.

Anwar bagaimanapun belum tiba untuk pertemuan itu.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut dilihat tiba di Ibu Pejabat PKR pada pukul 2.10 petang.

Beliau bagaimanapun terus masuk ke ibu pejabat tanpa memberi sebarang komen kepada media.

Timbul spekulasi mengenai pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, beliau bagaimanapun memaklumkan belum menerima jemputan rasmi daripada pihak Istana.

Dilaporkan, Azmin yang ditemui wartawan di pekarangan rumahnya di Ampang pada pagi Isnin enggan memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan kerana tidak menerima menerima jemputan atau dihubungi pihak Istana Selangor.

"Saya maklum (mengenai pengumuman dan upacara angkat sumpah) melalui berita yang dibaca tetapi secara peribadi, saya belum menerima jemputan.

"Rasanya lebih baik saya tunggu sehingga Istana membuat keputusan," katanya.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang pada pagi Selasa.


Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , MB Selangor , Anwar Ibrahim , PKR

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan