Semua Pihak Perlu Akur MB Baharu Pilihan Sultan Selangor - Tun Mahathir - Berita Semasa | mStar

Semua Pihak Perlu Akur MB Baharu Pilihan Sultan Selangor - Tun Mahathir

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 5:32 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua pihak harus akur dengan pemilihan calon Menteri Besar Selangor yang baharu oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengelak krisis politik berpanjangan di negeri itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Beliau berkata pemilihan Sultan Selangor perlu diterima semua pihak terutamanya Pakatan Rakyat ekoran kegagalan mereka mengemukakan calon tunggal Menteri Besar Selangor yang disokong oleh semua.

"Mereka tidak dapat membuat kata putus bersama untuk mengemukakan satu calon... sebab itu Sultan meminta dua tiga calon dan terpulang pada Sultan untuk memilih sesiapa dan saya harap semua pihak akan bersetuju," katanya.

Dr Mahathir berkata sekiranya terdapat usul tiada kepercayaan dibawa pada persidangan Dewan Undangan Negeri Rakyat yang menyebabkan Menteri Besar yang dipilih itu 'jatuh', ia hanya memanjangkan masalah di negeri itu.

"Berpanjangan masalahnya dan lebih baik mereka sokong siapa yang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar," katanya kepada media selepas melancarkan projek pembangunan bercampur Shapadu Putrajaya Haven di sini, Isnin.

Ditanya adakah pemilihan Menteri Besar oleh Sultan Selangor menunjukkan pencabulan demokrasi dalam Parlimen, Dr Mahathir berkata :"Demokrasi adalah mengikut suara ramai, kali ini tiada suara ramai jadi terpaksa pihak seperti presiden membuat keputusan.

"Kalau ada satu calon yang disokong penuh oleh semua, maka tidak ada kemungkinan usul tiada kepercayaan, malah satu nama dah cukup," katanya.

Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diadakan pagi Selasa di Istana Alam Shah, Klang.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata nama menteri besar yang baharu bakal diumumkan pada Isnin bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin.



Tags / Kata Kunci: Tun Mahathir , Sultan Selangor , MB Selangor
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan