Abim Gesa Kerajaan Keluarkan Pelajar Malaysia Dari Yaman - Berita Semasa | mStar

Abim Gesa Kerajaan Keluarkan Pelajar Malaysia Dari Yaman

Diterbitkan: Isnin, 22 September 2014 8:55 AM

Mohamad Raimi Ab Rahim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Kementerian Luar mengambil tindakan segera mengeluarkan pelajar Malaysia dari Yaman.

Naib Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim, dalam kenyataan pada Ahad berkata, tindakan itu perlu kerana pergolakan yang melibatkan pertempuran antara kumpulan Houthis dan tentera kerajaan kini merebak ke Sana'a, ibu negara Yaman.

Kementerian Luar sebelum ini berkata kira-kira 440 pelajar Malaysia di negara itu ditempatkan di sebuah bangunan yang disediakan kedutaan di Sana'a demi keselamatan mereka. 

"Abim merasakan tindakan itu hanyalah sementara dan rakyat Malaysia masih lagi dalam keadaan bahaya. Oleh itu, kementerian perlu bertindak dengan menyediakan pesawat tentera khas untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari Yaman pulang ke tanah air," kata Mohamad Raimi. 

Ketidakstabilan politik kini melanda Yaman selepas wujudnya gerakan untuk mendesak kerajaan Yaman supaya berundur.  

Laporan terbaharu media antarabangsa menyebut Perdana Menteri Yaman Mohamed Basindwa telah meletak jawatan di tengah-tengah kemelut yang melanda negara

berkenaan.
Tags / Kata Kunci: Mohamad Raimi Ab Rahim , Abim
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan