UPSR Bocor: Keterangan 30 Individu Diambil Setakat Ini

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 7:32 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan daripada 30 individu setakat Sabtu untuk membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata,30 individu itu terdiri daripada lapan pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang pegawai Kementerian Pendidikan, seorang jurutera, seorang wartawan serta 19 guru.

"Polis menjangkakan akan ada tangkapan lagi dalam masa terdekat, kertas siasatan juga akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh seminggu," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Sementara itu, 11 daripada 14 individu yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini, manakala tiga lagi masih direman sehingga Isnin ini.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya pada 11 Sept manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum murid mendudukinya pada hari yang sama. 

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.

Tags / Kata Kunci: UPSR Bocor , Gan Kong Meng

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan