SPR Diminta Timbang Semula Cadangan Siaran Langsung Proses Kiraan Undi

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 5:16 PM

Ahmad Shabery Cheek.

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Kementerian Komunikasi dan Multimedia berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menimbangkan semula cadangan bagi proses pengiraan undi pilihan raya umum dan pilihan raya kecil disiarkan secara langsung menerusi Radio dan Televisen Malaysia (RTM).

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata cadangan itu pernah disarankan oleh beliau pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)

Kuala Besut, Terengganu pada tahun lepas namun ia tidak dipersetujui oleh SPR.

Beliau berkata cadangan itu dikemukakan bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses pengiraan undi yang dijalankan dengan telus dan adil.
 
"Permintaan sebelum ini telah dibuat (oleh beliau), mungkin saya mengharapkan satu masa nanti SPR akan berubah fikiran, sebab permintaan saya itu masih lagi kekal dan harap mungkin boleh digunakan untuk pilihan raya akan datang dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama petugas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Geting di Pengkalan Kubor di sini hari ini.

PRK DUN Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary pada Khamis ini.
 
Ahmad Shabery berkata cadangan kementeriannya itu sepatutnya disambut baik oleh SPR bagi menangkis dakwaan pihak tertentu yang mempertikaikan ketelusan suruhanjaya dalam mengendalikan proses pilihan raya.
 
"Sebenarnya ia merupakan kesempatan yang patut diambil oleh pihak SPR kerana kita masih ingat pembohongan yang dibuat oleh pembangkang pada pilihan raya sebelum ini.
 
"Mereka kerahkan rakyat ke jalan raya menerusi 'Black 505' yang kononnya ada penipuan pengundi hantu, puluhan ribu warga Bangladesh yang dikerahkan untuk mengundi, kononnya ada berlaku bergelap (bekalan elektrik terputus semasa pengiraan di peti undi). Kita hendak tunjukkan ketelusan semua itu kepada umum," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun SPR sebagai sebuah badan bebas berhak untuk menolak permintaan kementeriannya itu.
 
"Berbeza dengan siaran langsung perjalanan dalam Parlimen (Dewan Rakyat), mereka membenarkan televisyen kerajaan membuat siaran langsung, jadi itu tidak ada masalah di pihak kita," katanya. 

Sebelum ini, SPR menerusi pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menolak cadangan kementerian itu atas alasan pihaknya tidak boleh menyiarkan secara langsung proses pengiraan undi kerana ia melibatkan kerahsiaan pengundian.
Tags / Kata Kunci: SPR , PRK Pengkalan Kubor

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan