Siaran Langsung Kira Undi PRK Belum Sesuai Dilaksanakan - SPR

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 7:45 PM

Abdul Aziz Mohd Yusof.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siaran langsung proses pengiraan undi mana-mana pilihan raya kecil (PRK) masih belum sesuai untuk dilaksanakan buat masa sekarang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata siaran langsung hanya boleh dilakukan apabila calon pilihan raya, parti politik dan masyarakat Malaysia mencapai tahap kematangan dalam berpolitik, supaya SPR tidak dipersalahkan jika berlaku insiden tidak diingini pada siaran itu.
 
"Wakil calon bertanding dibenarkan berada dalam bilik semasa proses pengiraan dilakukan, dan dibimbangi jika berlaku insiden seperti pertengkaran kecil atau salah faham, ia akan mengundang masalah lebih besar dalam kalangan orang luar yang menonton.
 

"Mereka mungkin melihat perkara itu dari perspektif berbeza, hanya apa yang disiarkan di televisyen, namun perkara ini kemudiannya diperbesarkan pihak berkenaan sehingga menjadi isu kepada SPR," katanya kepada Bernama di sini, Ahad. 


SPR juga bimbang jika ada pihak yang mengambil kesempatan daripada siaran langsung itu untuk mendapatkan perhatian masyarakat dengan 'mengada-adakan' perkara yang tidak wujud semasa proses pengiraan berlaku, tambahnya.

Abdul Aziz berkata pihaknya juga perlu memastikan cara terbaik untuk pihak media menyiarkan siaran langsung itu memandangkan kamera masa kini dilengkapi kemudahan zum, sedangkan kertas undi merupakan suatu perkara yang sangat sulit.
 
"Kita juga perlu memikirkan bagaimana pergerakan kakitangan media dalam bilik mengira undi, kerana pelbagai perkara di luar kawalan boleh berlaku semasa siaran langsung dalam keghairahan memberikan laporan terbaik," katanya. 

Sehubungan itu, Abdul Aziz menegaskan siaran langsung itu hanya boleh dilakukan apabila semua pihak mengamalkan politik matang dan memahami tanggungjawab masing-masing. 
 
"SPR tidak ada masalah untuk siaran langsung, malah sangat mengalu-alukannya untuk menunjukkan ketelusan kita, namun tidak mahu ia menjadi seperti senjata makan tuan dan keterbukaan itu akhirnya dijadikan isu kepada kami," katanya.

Beliau menambah bagi merealisasikan hasrat itu di masa hadapan, SPR bersedia untuk berbincang dengan Jabatan Peguam Negara dan pihak berkenaan bagi memperhalusi protokol dan tatacara perlaksanaan siaran langsung itu.

Buat masa sekarang, Abdul Aziz memberitahu semua proses pengudian PRK - dari peringkat penamaan calon sehingga ke pengiraan undi - dirakamkan pegawai Filem Negara di bawah seliaan pegawai SPR agar ia tidak melanggar isu kerahsiaan pengudian. 

Hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan memohon supaya SPR mempertimbangkan semula cadangan kementerian itu supaya proses pengiraan undi mana-mana PRK disiarkan secara langsung menerusi Radio dan Televisen Malaysia (RTM).

Langkah itu akan membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses penuh pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil, tambah Ahmad Shabery.

Ahmad Shabery pernah mengutarakan cadangan itu pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada tahun lalu, namun ditolak SPR atas alasan ia melibatkan kerahsiaan pengundian. 

Tags / Kata Kunci: SPR , Pengkalan Kubor

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan