Cadangan Dedah Laporan Jawatankuasa Royalti Petroleum Kepada Umum - Muhyiddin

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 7:08 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kanan) menyampaikan replika kunci motosikal kepada salah seorang penerima ketika hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Nelayan sempena Penyampaian Wang Sara Hidup Nelayan di Tumpat pada Ahad. Turut sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri). -Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata laporan berkaitan hasil penyelidikan dan siasatan Jawatankuasa Khas Mengkaji Tuntutan Kelantan terhadap royalti petroleum dicadang didedahkan kepada awam.

Beliau berkata laporan tersebut telah siap dan telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagaimanapun masih menjadi dokumen rahsia yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

"Saya sedang berhubung dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang berada di luar negara dan kalau beliau bersetuju dan Jemaah Menteri boleh putuskan pada Rabu ini.

"Maka kita (kerajaan) boleh 'diklasifikasikan' (ubah status) dokumen ini tapi kita akan dapatkan nasihat daripada peguam negara dan perdana menteri sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Perdana Menteri di rumah keluarga Allahyarham Haji Mahmod Kamaruddin di Kampung Telaga Bata di sini, Ahad.

Muhyiddin berkata laporan tersebut dihasilkan oleh jawatankuasa berkenaan yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamed dengan beberapa anggota jawatankuasanya termasuk Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra.

Beliau berkata laporan tersebut menyatakan dengan jelas terutamanya pendirian kerajaan persekutuan adalah betul kerana tidak terdapat apa-apa hasil minyak dalam lingkungan tiga batu nautika dari pantai Kelantan.

Tags / Kata Kunci: Royalti Petroleum

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan