Rakyat Malaysia Di Yaman Selamat - Kementerian Luar

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 7:35 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia di Yaman, kebanyakannya pelajar, selamat dalam pergolakan semasa di negara itu. 

Kenyataan Kementerian Luar menyebut ketika ini, kira-kira 440 orang (357 lelaki, 45 wanita dan 33 kanak-kanak) dari kawasan Shamlan dan Mazbah ditempatkan buat sementara waktu di sebuah bangunan yang disediakan kedutaan di Sana’a. 

"Semua rakyat Malaysia di Yaman dinasihat agar lebih berhati-hati dan mengambil semua langkah berjaga-jaga sewajarnya untuk keselamatan diri sendiri dengan menjauhi kawasan berisiko tinggi dan perhimpunan awam yang besar bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini," katanya.

Kementerian memantau rapi situasi ketika ini di Yaman terutama tunjuk perasaan dan pertempuran kumpulan pemberontak Houthis dengan kerajaan khususnya di kawasan strategik yang dikuasai pemerintah di seluruh negara. 

Menurut kenyataan itu, memandangkan situasi di Yaman ketika ini masih tidak stabil, rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan semua perjalanan yang tidak perlu ke negara berkenaan. 

"Kementerian juga meminta kerjasama rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman agar mendaftar dengan kedutaan jika mereka masih belum berbuat demikian," katanya. 

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Yaman menerusi talian 0096 7142 9781 dan 0096 7142 9782 atau e-mel

kepada mwsanaa@kln.gov.my.
Tags / Kata Kunci: Yaman , Sana'a , Kementerian Luar

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan