Kerajaan Diharap Tambah Peruntukan Pembangunan Luar Bandar Sabah - Azizah

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 2:17 PM

Azizah Mohd Dun

Azizah Mohd Dun.

(Ubah saiz teks)

BEAUFORT: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berharap kerajaan akan menambah peruntukan bagi meningkatkan pembangunan kawasan luar bandar khususnya di Sabah termasuk di Beaufort, dalam Belanjawan 2015.

Azizah yang juga anggota Parlimen Beaufort berkata peruntukan itu dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk luar bandar terutama dari segi keperluan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

"Dalam belanjawan ini, kita berharap agar lebih banyak PPR akan dibina di daerah itu bagi memenuhi permintaan daripada masyarakat setempat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan program Semarak Rakyat Komuniti 1Malaysia peringkat Beaufort anjuran Jabatan Penerangan, di sini, malam Sabtu.

Azizah berkata, peruntukan kepada jabatan dan agensi kerajaan lain juga perlu ditambah bagi membolehkan latihan serta kursus dapat dijalankan kepada golongan belia dan beliawanis bagi melahirkan lebih ramai tenaga berkemahiran.

"Sebagai contoh, daerah ini diapit oleh Kimanis dan Sipitang yang mengusahakan minyak dan gas, mungkin penduduk di sini belum bersedia bekerja, maka mereka perlu diberikan latihan yang boleh diikuti di Kolej Komuniti yang ada di sini," katanya.

Terdahulu, Azizah ketika berucap berkata penganjuran program Semarak Komuniti 1Malaysia itu merupakan satu daripada program yang mampu memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama pelbagai kaum di samping meningkatkan ilmu pengetahuan masyarakat secara amnya.

"Oleh itu, penganjuran program ini merupakan satu langkah yang tepat dalam menyebarluaskan maklumat yang sahih dan telus kepada masyarakat sama ada di kawasan badar mahupun luar bandar," katanya. 

Belanjawan 2015 dijangka dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober ini.

Tags / Kata Kunci: Azizah Mohd Dun

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan