Sabah Perlu Berwaspada Terhadap Militan IS - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 2:33 PM

Hishammuddin (tiga, kanan) menerima cendera kenangan berupa bakul sikutan 'barait' berisi buah-buahan tempatan selepas melakukan perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Penampang di Kota Kinabalu, Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sabah perlu berwaspada terhadap ancaman keganasan militan Negara Islam (IS) berikutan rangkaiannya dikaitkan dengan kumpulan militan di selatan Filipina.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin berkata, kumpulan militan di Filipina telah menyatakan sokongan mereka terhadap IS dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara Islam di rantau Asia Tenggara.

"Kita tidak mahu menakutkan orang-orang di Sabah, tetapi ini adalah satu kenyataan dan ancamannya jauh lebih besar daripada penculikan, dan jenayah rentas sempadan," katanya selepas merasmikan mesyuarat tahunan Umno Bahagian Penampang di sini, Ahad.

Hishammudin berkata, ini berikutan gesaan pihak tertentu untuk memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Beliau berkata, Kementerian Pertahan telah menaik taraf pelbagai pangkalan hadapan di pantai timur Sabah bagi memperkukuhkan lagi keselamatan di negeri itu.

"Kita telah bersetuju secara dasarnya bersama Petronas untuk menggunakan pelantar minyak lamanya yang akan diubah suai kepada pangkalan hadapan di sepanjang pantai Sabah," katanya sambil menambah bahawa mereka merancang untuk menempatkan dua pangkalan seumpama itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan