KSN Dipilih Ikon Membaca Kebangsaan - Berita Semasa | mStar

KSN Dipilih Ikon Membaca Kebangsaan

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 3:01 PM

ali hamsa

Ali Hamsa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dipilih sebagai Ikon Membaca Kebangsaan, sekali gus menjadi penjawat awam pertama yang menerima anugerah itu.

Ia diumumkan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood pada majlis pelancaran program Merakyatkan Budaya Ilmu Peringkat Putrajaya:'Take A Break...Read@Putrajaya' di sini hari ini yang disempurnakan oleh Ali.

Ikon Membaca Kebangsaan merupakan anugerah inisiatif Perpustakaan Negara sejak 2009 bagi menggalakkan dan membudayakan amalan membaca terutama dalam kalangan generasi muda.

Ketika ditemui pemberita, Ali berkata, selain membaca buku ilmiah seperti ekonomi dan kepimpinan untuk mendapatkan idea-idea baharu, beliau turut memilih bahan bacaan ringan untuk melapangkan fikiran.

"Saya suka membaca. Saya baca semua buku ilmiah dan buku menghiburkan hati termasuk buku kartun dan fiksyen," katanya.

Meskipun sibuk dengan tugasan memastikan kelicinan dan pengurusan pentadbiran negara berjalan lancar, katanya beliau senantiasa memastikan dapat meluangkan masa untuk membaca.

"Berapa banyak buku (yang dibaca) bergantung pada saiz buku dan ada antaranya ambil masa sebulan untuk habis. Tetapi, saya berharap untuk membaca lebih banyak lagi buku, setiap kali saya tengok buku, saya akan beli dan baca," kata Ali.

Tokoh yang turut menerima anugerah sama sebelum ini ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh dan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. 

Terdahulu, dalam ucapannya semasa melancarkan program itu, Ali berkata, membaca bukan sahaja perlu dipupuk dalam setiap individu, malahan harus melibatkan anggota keluarga atau kenalan rapat.

"Selaku seorang bapa atau ketua keluarga, saya sering meletakkan budaya membaca sebagai satu keutamaan dalam proses mendidik anak-anak dari awal sehingga kini," katanya.

Pada program itu, Ali turut melancarkan 'Library on wheels', iaitu perpustakaan mini yang disediakan dalam bas-bas awam di Putrajaya, yang merupakan inisiatif terbaru hasil usaha sama Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd, Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai agensi kerajaan.

Tags / Kata Kunci: Ali Hamsa , Ikon Membaca Kebangsaan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan