Krisis PAS, Akibat Kerjasama Dengan Anwar - Dr Mahathir - Berita Semasa | mStar

Krisis PAS, Akibat Kerjasama Dengan Anwar - Dr Mahathir

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 9:34 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda PAS harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ini (masalah) adalah hasil kerjasama dengan Datuk Seri Anwar, sesiapa yang bekerjasama dengan dia akan hadapi masalah kerana dia suka memecahbelahkan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas pergolakan yang berlaku dalam parti kedua terbesar orang Melayu itu yang jelas kelihatan pada Muktamar PAS ke-60 di Johor baru-baru ini. 
 
"Penyokong-penyokong dia pun dia pecah belah...dia punya sejarah memang seperti itu. Dia masuk Umno dia bawa masalah, dia buat Pakatan dia buat masalah," katanya.

Katanya perkara itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada PAS.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Rowing dan Perahu Panjang 'Head of Putrajaya 2014' di Kompleks Sukan Air di sini.

Acara yang diadakan selama dua hari itu yang bermula semalam menarik lebih 400 peserta daripada 24 kumpulan termasuk tiga kumpulan dari luar negara iaitu Thailand, Singapura dan Indonesia.
Tags / Kata Kunci: PAS , Anwar Ibrahim
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan