Bayi Baru Lahir Jadi Seorang Lagi 'Penumpang' Di Balai Ketibaan KLIA

Diterbitkan: Ahad, 21 September 2014 10:33 AM

(Dari kiri) Pegawai Imigresen, Nur Damiea, Nur Marlina dan Noor Rafiah Ibrahim bersama bayi yang baharu lahir.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pegawai Imigresen sentiasa berhadapan dengan semua jenis ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi tiada seorang pun menjangka akan menerima bayi yang baharu lahir selepas seorang wanita warga Turki bersalin sebaik sahaja pesawat dinaikinya mendarat.

Pegawai Imigresen, Nur Marlina Daraman, 35, sedang bertugas di pintu ketibaan di aras tiga lapangan terbang itu pada Jumaat apabila seorang wanita mengandung meluru masuk ke pejabatnya pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Wanita dalam lingkungan 30an itu, terpaksa menahan kesakitan. Dia ketika itu sedang mendukung bayi berusia setahun dan membawa bagasi.

"Dia bercakap sesuatu kepada saya tetapi saya tidak faham bahasa asing yang dituturnya," kata Nur Marlina.

"Tetapi dia tidak perlu berkata apa-apa kerana saya dapat melihat air mukanya menandakan dia mahu bersalin."

Sementara rakan sekerjanya, Nur Damiea Lawrence Abdullah menghubungi seorang doktor, Nur Marlina memimpin wanita itu masuk ke pejabat dan membaringkannya di atas kain di atas lantai.

Dia sudah pun dapat melihat kepala bayi itu ketika dia membantu wanita itu menanggalkan pakaian.

"Saya ketika itu takut. Saya tidak dilatih untuk mengendalikan situasi seperti itu," katanya. 

"Saya tidak pernah melihat orang melahirkan anak sebelum ini. Tetapi dia sudah ada di situ di atas lantai, maka saya perlu berbuat sesuatu.

"Apa yang saya boleh lakukan adalah menenangkannya sementara kami menunggu doktor datang. Pegawai-pegawai lain turut membantu," kata Nur Marlina.

Seorang doktor dan seorang bidan tiba, dan beberapa pegawai Imigresen membantu dengan kelengkapan ketika wanita itu bersalin.

"Wanita itu selamat melahirkan anak yang sihat pada pukul 12.30 tengah hari," kata Nur Marlina.

Timbalan Pengarah Imigresen KLIA, Sarbini Hussein berkata, wanita itu dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Turut serta ialah bayi yang baharu dilahirkan dan seorang lagi bayi.

"Kami tidak dapat bercakap dengan dia selepas itu. Dia tidur selepas bersalin," kata Sarbini.

Menurut pasport wanita berkenaan, dia tiba di KLIA dari Johor Bahru. Jabatan Imigresen bagaimanapun enggan mendedahkan nama wanita itu atas sebab-sebab privasi.

Tags / Kata Kunci: Imigresen , KLIA , Nur Marlina Daraman

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan