Perintah Berkurung Di Sabah Dilanjut Dua Minggu Sehingga 5 Oktober

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 1:27 PM

Anggota Pasukan Khas Laut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan rondaan keselamatan di perairan Semporna.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di enam daerah di pantai timur Sabah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau dilanjutkan pada Sabtu hingga 5 Oktober ini.

Perintah berkurung itu yang dilaksanakan sejak 19 Julai kini memasuki fasa kelima selepas fasa keempat berakhir pada Jumaat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata lanjutan tempoh tersebut dibuat berdasarkan maklumat risikan dari pihak Filipina bahawa penjenayah sentiasa berada di sempadan perairan kedua-dua negara dan menunggu peluang untuk menceroboh atau menjalankan aktiviti penculikan di pantai timur Sabah.

"Kalau kita tidak buat perintah berkurung ini, sukarlah pihak keselamatan untuk menjaga kesejahteraan masyarakat," katanya dalam sidang akhbar pada Sabtu.

Beliau mengingatkan orang ramai khususnya nelayan supaya mematuhi tempoh perintah berkurung tersebut dari 7 malam hingga 5 pagi bagi memastikan nelayan tidak berdepan masalah seperti bot mereka dirampas dan didakwa di mahkamah kerana melanggar arahan tersebut.

Jalaluddin berkata sepanjang empat fasa terdahulu, sebanyak 92 orang pelbagai warga negara ditangkap kerana melanggar perintah tersebut dan 33 daripada mereka dijatuhi hukuman penjara dan denda.

Daripada jumah 33 orang itu, 23 orang dipenjara 10 hari dan denda RM500 manakala 11 lagi dipenjara enam hari dan denda RM500, katanya.

Beliau berkata pasukan keselamatan turut merampas 24 bot nelayan dan dua bot pam. Mengenai kes penculikan anggota polis marin Zakia Aleip pada12 Julai lalu di Semporna, katanya konstabel itu berada dalam keadaan selamat.   

Menurutnya, mangsa telah menghubungi keluarganya sebanyak 68 kali sejak dilarikan kumpulan bersenjata berat yang melakukan serang hendap di Pulau Mabul dan kali terakhir mangsa membuat panggilan ialah pada pukul 2.14 petang semalam.

"Polis masih membuat rundingan dengan pihak penculik mengenai jumlah wang tebusan yang diminta penculik bagi membebaskan mangsa, kata Jalaluddin.

Penculik dipercayai menuntut RM10 juta. Beliau berkata pengusaha ikan dalam sangkar Chan Sai Chiun yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lepas turut berada dalam keadaan selamat dan pihak polis sedang mengusahakan pembebasannya.

Dalam perkembangan lain, katanya polis telah mengenal pasti tiga individu yang didakwa menyebar mesej berbentuk fitnah dan hasutan menerusi laman media sosial khusus berkaitan isu mengajak Sabah keluar dari Malaysia.

Tangkapan akan dibuat yang suspeknya bukan berada di Sabah, katanya. 

Tags / Kata Kunci: perintah berkurung , sabah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan