PRK Pengkalan Kubor: BN Menang Di Kedah, Kerajaan Kota Janji - Mukhriz - Berita Semasa | mStar

PRK Pengkalan Kubor: BN Menang Di Kedah, Kerajaan Kota Janji - Mukhriz

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 7:33 PM

Mukhriz Mahathir.

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengajak rakyat di Kelantan melihat bagaimana kemenangan Barisan Nasional (BN) di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) mampu memberi manfaat kepada rakyatnya.

Beliau berkata, kemenangan BN di Kedah tidak harus dilihat dari segi kemenangannya sahaja, tetapi harus direnung bagaimana kerajaan mengotakan janjinya.

"Di Kedah, pada PRU lepas kita berjaya tawan semula hati rakyat, bukan hanya atas janji sahaja tetapi paling penting bagaimana kita mengota janji.

"Rekod itu yang kita nak tonjolkan kepada rakyat di sini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat kepada penduduk-penduduk di Kampung Geting di sini, Sabtu.

Mukhriz berkata, kedudukan wakil rakyat BN yang sentiasa mempunyai hubungan dengan kerajaan Persekutuan akan memberikan kelebihan kepada penduduk, khususnya di Pengkalan Kubor walaupun Kelantan berada di bawah kuasa kerajaan negeri.

"Kalau kita lihat prestasi kerajaan peringkat nasional, walaupun Kelantan bukan di bawah BN, tetapi di mana-mana sekali pun yang kita punya wakil rakyat BN, kita buktikan bahawa hubungan baik dengan kerajaan Pusat membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Menurut Mukhriz, sama ada BN menang atau kalah, pilihan raya ini tidak akan dapat 'menumbangkan' kerajaan negeri, tetapi rakyat harus bijak membuat pertimbangan mengenai calon yang bertanding.

"Kalau kami menang pun tak ada beza, kalau kalah pun memang kerajaan negeri milik PAS.

"Tetapi ini bukan soal nak jatuhkan kerajaan negeri, tapi soal siapa di antara tiga calon ini yang paling layak dan berkeupayaan berkhidmat untuk rakyat," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Pengkalan Kubor adalah sebuah kawasan yang berpotensi untuk dimajukan, sekiranya pengundi-pengundi meletakkan keyakinan mereka kepada BN.

Beliau juga menasihatkan pengundi supaya tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang pada saat-saat akhir kempen.

Beliau memberikan contoh dirinya sendiri yang menjadi mangsa kempen pembangkang kononnya kilang arak akan dibuka di Kedah jika beliau menang sewaktu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam.

"Umno menang, saya menang di DUN Ayer Hitam, ada kilang arak dibuka di Ayer Hitam atau di Kedah?," katanya

Katanya contoh seperti itu perlu diambil kira oleh pengundi supaya mereka membuat pilihan tepat.
Tags / Kata Kunci: Mukhriz , BN , Kedah
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan