Penggantungan Pengarah Lembaga Peperiksaan Bukanlah Hukuman

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 10:03 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh, bukanlah suatu hukuman.

"Sebaliknya mereka diberikan tugas lain yang tidak berkaitan dengan Lembaga Peperiksaan.  Ia bukanlah satu hukuman," katanya kepada pemberita selepas
menghadiri Program Chill Fest @ Putrajaya yang bertemakan ‘Melakar Inspirasi” di perkarangan Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini. 

Penggantungan tugas kedua-dua mereka adalah supaya siasatan boleh dijalankan dengan bebas, katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan mengumumkan penggantungan mereka berdua berkuat-kuasa 12 Sept lepas
sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai.

Ekoran kebocoran kertas soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris itu menyebabkan kedua-dua peperiksaan itu dijadualkan semula pada 30
September ini. 

Madinah juga berkata sekiranya ada guru yang didakwa di mahkamah berkaitan kes kebocoran kertas peperiksaan itu, mereka akan digantung tugas dan dipotong
gaji sebanyak 50 peratus berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).

Bagaimanapun beliau berkata Kementerian Pendidikan akan menunggu hasil siasatan sebelum mengambil tindakan ke atas guru-guru yang ditahan dan sentiasa 
memantau perkembangan terkini. 

Sehingga semalam, 14 individu telah ditahan termasuk 12 orang guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera. Selain itu, 22 individu telah dipanggil
untuk memberi keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), 13 guru, seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera.

Lebih 2,000 pengunjung telah berkunjung ke program Chill Fest @ Putrajaya, anjuran peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) Institut Tadbiran Awam
Negara dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan. 

Antara acara yang menarik sepanjang program Chill Fest @ Putrajaya termasuk sesi Go Kart dan Pocket Bike, sesi Bual Bicara bersama Ikon Belia Negara seperti
Bryan Nickson Lomas (penerjun negara), Azlan Iskandar (pemain skuasy) negara), Haniff Borhan (selebriti permotoran) dan Siti Saleha (pelakon).
Tags / Kata Kunci: UPSR , Lembaga Peperiksaan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan