Wisma Putra: Pelajar Malaysia di Yaman Selamat - Berita Semasa | mStar

Wisma Putra: Pelajar Malaysia di Yaman Selamat

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 11:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wisma Putra sedang memantau rapat pergolakan semasa yang berlaku di Yaman, terutamanya pemberontakan yang dilakukan puak Houthi terhadap kerajaan. 

Mereka turut mengesahkan semua pelajar Malaysia di negara tersebut berada dalam keadaan selamat. 

"Buat masa ini, Kedutaan Malaysia di Sana'a mengesahlam semua rakyat Malaysia terutamanya pelajar yang menuntut di Yaman berada dalam keadaan selamat," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

"Terdapat kira-kira 440 pelajar (357 lelaki, 45 perempuan dan 33 kanak-kanak) yang berada di Shamlan dan Mazbah. Mereka telah ditempatkan dalam bangunan sementara yang disediakan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Sana'a. 

Pihak kementerian dan Kedutaan Malaysia menasihatkan semua rakyat Malaysia sentiasa berjaga-jaga dan mengelakkan diri daripada kawasan berisiko tinggi dan tempat diadakan himpunan beramai-ramai. 

"Oleh kerana tahap keselamatan di Yaman masih belum stabil, pihak kementerian berharap semua rakyat Malaysia harus menangguhkan sementara perjalanan ke Yaman," menurut kenyataan tersebut. 

Pihak kementerian juga memohon kerjasama daripada rakyat Malaysia yang berada di Yaman supaya berdaftar dengan pihak kedutaan, sekirannya mereka belum berbuat demikian. 

Ketidastabilan politik kini melanda Yaman selepas wujudnya gerakan untuk menggulingkan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Wisma Putra , Yaman
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan