NUTP Tidak Lindungi Anggota Jika Terlibat Kes Bocor Soalan UPSR

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 1:06 PM

Hashim Adnan ketika mengadakan sidang media berhubung kes kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dalam sidang akhbar di Wisma NUTP pada Sabtu. Turut kelihatan Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng (kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menegaskan ia tidak akan melindungi anggotanya jika didapati terbabit membocorkan soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Presidennya Hashim Adnan berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan kerana ia melibatkan integriti guru dalam menyediakan soalan peperiksaan awam selain menjejaskan imej profesion perguruan di mata masyarakat.

"Guru yang terlibat dalam peperiksaan awam, termasuk pegawas dan pemeriksa peperiksaan telah menandatangani surat untuk menyimpan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi, dan seharusnya mereka mempertahankan integriti itu," katanya pada sidang media pada Sabtu.  

Beliau meminta anggota masyarakat agar tidak beranggapan negatif kepada lebih 400,000 guru di seluruh negara disebabkan insiden itu kerana hanya segelintir guru yang terlibat.

Kebocoran membabitkan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas Sains 018, 028 dan 038.

Setakat ini 14 orang telah disiasat berhubung kebocoran itu yang 12 daripada mereka merupakan guru.

Pada masa yang sama, Hashim berkata UPSR masih lagi diperlukan sebagai penanda aras untuk menentukan tahap pencapaian murid sekolah rendah, bagi membantu mereka menempatkan diri semasa menginjak ke sekolah menengah.

Beliau berkata ia hanya perlu ditambah baik untuk mengelak insiden kebocoran daripada berulang dan tindakan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam merupakan langkah awal ke arah itu. 

Beliau berterima kasih kepada kementerian kerana melantik Setiausaha AgungNUTP, Lok Yim Pheng untuk menganggotai jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi.

"NUTP juga bersedia dan berharap agar dapat dilantik sebagai konsultan kepada Kementerian Pendidikan secara percuma dalam isu berkaitan pendidikan negara," katanya.

Hashim berkata NUTP merupakan pilihan terbaik kepada kementerian dalam memperbaiki sistem pendidikan memandangkan ada antara anggota kesatuan mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang pendidikan. 

Sementara itu Lok berkata pihaknya mendapati keghairahan guru termasuk di pusat tuisyen yang mahu memastikan pelajar mendapat 'A' sebagai penyebab berlakunya insiden soalan bocor. 

Tags / Kata Kunci: NUTP , UPSR

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan