'Jangan Bermusuh Dengan Istana' - Amaran Ulama PAS

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 1:52 PM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: "Jangan bermusuh dengan istana," tegas pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mahfodz Mohamed ketika mengulas mengenai krisis politik di Selangor membabitkan kerusi menteri besar.

Menurutnya, PAS tidak seharusnya mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah jika baginda memberi perkenan kepada wakil rakyatnya untuk menduduki kerusi panas itu.

"Dewan Ulama cadangkan supaya kita menerima apa juga keputusan yang dibuat oleh sultan. Kalau bagi kepada PKR, PAS kena terima.

"Tapi kalau tuanku bagi kepada PAS, kita kena terima. Buat apa kita nak cari musuh yang lain. (Dengan) Umno kita sudah bermusuh, takkan nak bermusuh dengan istana pula?" katanya sambil disambut dengan laungan takbir oleh perwakilan sebagai tanda sokongan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Sabtu.

Saranan Mahfodz itu dilihat bertentangan dengan cadangan Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Mohamed Hanipa Maidin sebelum ini yang mahu parti menolak titah Sultan Selangor sekiranya baginda perkenan melantik wakil rakyat PAS.

Perbezaan itu juga membuktikan bahawa wujud dua kumpulan dalam PAS iaitu proPKR dan proUlama khusunya membabitkan pelantikan menteri besar.

Perkembangan terbaharu politik di Selangor menyaksikan majlis angkat sumpah menteri besar negeri itu yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada Selasa ini sekali gus mungkin dapat menamatkan kemelut yang berlarutan lebih sebulan lalu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan perkara itu dan menyatakan majlis akan bermula pada pukul 10 pagi.

Mengulas lanjut Mahfodz turut membidas pandangan kumpulan proPKR dalam dalam PAS berhubung kuasa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam membuat keputusan.

Katanya, berdasarkan Perlembagaan PAS, seseorang presiden mempunyai kuasa pemutus serta tidak terikat dengan Jawatankuasa PAS Pusat.

"Tak ada langsung yang menyebut bahawa presiden terikat dengan keputusan mesyuarat.

"Ikut Perlembagaan PAS, seseorang ketua tak wajib untuk ikut keputusan mesyuarat. Ketua ada kuasa pemutus," katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Hanipa bahawa secara amalannya, Abdul Hadi perlu merujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat sebelum membuat sebarang keputusan membabitkan kepentingan parti.

Tags / Kata Kunci: PAS , Sultan Selangor , Menteri Besar

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan