Jangan Jadikan Muktamar Tempat Jatuhkan Pemimpin - Mustafa Ali

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 4:06 PM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Perwakilan dan ahli PAS diingatkan tidak menjadikan muktamar tahunan parti itu sebagai gelanggang untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kepimpinan PAS tidak seharusnya dihukum termasuk amaran untuk digulingkan hanya kerana wujud perbezaan pendapat dikalangan beberapa pemimpin tertentu.

"Jangan ada antara kita...daripada muktamar ini menuju ke muktamar depan...ada pemilihan, (wujud rancangan) di mana orang ini perlu dijatuhkan," katanya tegas.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Sabtu.

Selain itu Mustafa turut menegur sikap ahli PAS yang melabel kumpulan tertentu dengan pelbagai gelaran hingga mewujudkan puak-puak dalam parti itu.

Malah tegasnya, semua kumpulan yang wujud dalam PAS merupakan aset penting kepada parti itu.

"Perbezaan pendapat antara kumpulan ulama dan profesional bukan baharu dalam PAS. Tapi kita nak perkukuhkan kedua-dua kumpulan ini.

"Kita perlukan ulama dan juga profesional. Malah kita juga perlukan sokongan pelbagai pihak lain termasuk para aktivis PAS. Jangan jatuhkan mana-mana pemimpin," katanya.

Perbalahan antara kumpulan ulama dan profesional kembali menghantui PAS berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor.

Kumpulan ulama khusunya Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS secara terbuka menyatakan pendirian menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kerusi panas itu.

Sejak isu berkenaan timbul, Abdul Hadi dilihat mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.

Tags / Kata Kunci: Muktamar , PAS

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan