MH17: Malaysia Tidak Akan Berehat Selagi Keadilan Tidak Dicapai - Anifah

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 8:05 AM

Bangkai pesawat di kawasan insiden.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Malaysia tidak akan berehat selagi pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine dua bulan lepas, tidak diheret ke muka pengadilan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau memaklumkan perkara itu pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di sini pada Jumaat.

Anifah berkata komuniti antarabangsa bertanggungjawab memastikan mereka yang terbabit melakukan jenayah kejam itu diheret ke muka pengadilan secepat mungkin demi keadilan kepada anggota keluarga mangsa nahas berkenaan.

"Adalah sesuatu yang tidak boleh diterima selepas penderitaan dan pengalaman perit anggota keluarga yang kehilangan orang tersayang jika mereka yang bertanggungjawab tidak boleh diheret ke muka pengadilan disebabkan kegagalan kita bertindak," katanya.

Beliau berkata komuniti antarabangsa perlu bekerjasama sepenuhnya bagi mewujudkan akauntabiliti terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah itu.

Oleh itu, adalah penting siasatan nahas dikendali secara telus, saksama dan terperinci bagi menyerlahkan kebenaran.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh. Anifah turut memaklumkan mesyuarat itu bahawa kerajaan Ukraine dan Rusia sudah memperbaharui komitmen dan jaminan untuk membantu menyediakan laluan selamat untuk memasuki lokasi nahas.

"Kami harap jaminan itu boleh diterjemah kepada tindakan konkrit secepat mungkin," katanya pada mesyuarat yang dihadiri rakan sejawat dari Australia (Julie Bishop), Netherlands (Frans Timmerman), United Kingdom (Phillip Hammond) dan Luxembourg (Jean Asselborn).

Beliau turut menyambut baik laporan awal pasukan siasatan bebas antarabangsa diketuai Lembaga Keselamatan Belanda yang dikeluarkan minggu lepas.

"Persoalan penting yang masih belum terjawab termasuk siapa yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat itu dan apa yang sebenarnya berlaku ketika komunikasi antara MH17 dan pusat kawalan trafik udara (ATC) terhenti secara tiba-tiba pada 1.20 tengah hari 17 Julai, 2014?

Laporan awal itu, antara lain, mengesahkan pesawat itu terbang di ruangudara bukan larangan, mengikut laluan yang ditetapkan dan terbang di altitud yang diberikan ATC.

Ia turut merumuskan bahawa pesawat itu terkena sebilangan besar obje kbertenaga tinggi yang menembusinya sehingga menyebabkan ia berkecai di udara.

Laporan itu juga mengesahkan bahawa pesawat itu berada dalam keadaan selamat di udara ketika berlepas dan tidaka ada sebarang masalah teknikal atau tindakan anak kapal yang boleh menyumbang kepada nahas berkenaan.

Anifah juga berkata masa kian suntuk dan musim sejuk yang akan tiba tidak lama lagi boleh menjejaskan siasatan dan pencarian bukti.

Beliau berkata laporan awal juga menunjukkan bahawa situasi ketika ini dilokasi nahas masih tidak stabil, oleh itu, Malaysia menggesa semua pihak mengawal tindakan masing-masing bagi mengelak konflik di kawasan berkenaan bertambah teruk.

Anifah juga berkata Malaysia berpendapat gencatan senjata yang diperoleh, terutama di timur Ukraine adalah penting bagi membolehkan siasatan penuh,terperinci dan bebas berhubung insiden itu oleh pasukan penyiasat antarabangsaseperti yang didesak oleh Resolusi 2166 Majlis Keselamatan.

Malaysia, katanya, turut mengulangi seruan agar semua pihak menghormati perjanjian gencatan senjata dan berusaha habis-habisan ke arah mengekalkan keamanan di kawasan berkenaan.

Beliau memaklumkan Majlis Keselamatan bahawa setakat ini, sejumlah 225 daripada 298 mangsa sudah dikenal pasti.

Daripada 43 mangsa rakyat Malaysia, 40 dikenal pasti dan 35 jenazah sudah dihantar pulang ke tanah air.

Anifah berkata Malaysia amat jelas dengan keutamaannya sejurus selepas MH17 ditembak jatuh. Katanya, perkara paling utama ialah memperoleh jaminan untuk mencari mayat mangsa, data penerbangan dan rakaman suara kokpit selain memastikan akses selamat kepada penyiasat antarabangsa ke lokasi nahas.

Tags / Kata Kunci: MH17

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan