Insiden Keretapi Tergelincir Di Selatan Thai Dipercayai Sabotaj

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 7:10 AM

(Ubah saiz teks)

SONGKHLA:  Kejadian kereta api tergelincir di selatanThailand pada Jumaat, yang mengakibatkan tujuh orang cedera parah, dipercayai akibat perbuatan sabotaj.

Ini berdasarkan siasatan polis yang mendapati 10 kayu landasan dan 40 skru telah dicabut dan tiga hari sebelum itu, landasan kereta api di Reanget, Narathiwat, dibom.

Pengarah Pusat Kereta Api Thailand Bahagian Selatan Pirapol Tapwech, ketika dihubungi, berkata kerosakan dalam insiden kali ini amat teruk dan untuk memperbaiki landasan terbabit, mengambil masa lebih tiga hari.

Beliau berkata oleh itu, empat perkhidmatan bagi perjalanan kereta api ekpres dari Sungai Golok ke Bangkok terpaksa dihentikan buat sementara dan penumpang boleh mendapatkan kembali wang mereka dengan mengembalikan tiket.

Pada Sabtu, lebih 50 pekerja dari Hatyai dan Tungsung, Nakhornsri Thammarat, bertungkus-lumus memperbaiki landasan serta mengalih gerabak yang rosak, katanya.

Sementara itu, pihak polis meneruskan siasatan dengan lebih terperinci kerana tiga tahun lepas, tiga anggotanya terkorban dalam kejadian letupan bom dilokasi sama.

Ketua Polis Daerah Chanak Kolonel Amnart Dee berkata kejadian itu membabitkan enam gerabak. 

Keretapi itu membawa lebih 100 penumpang.

Semasa kejadian pada 1.30 tengah hari waktu tempatan, kereta api itu dalam perjalanan dari Sungai Golok ke Nakhonsri Thammarat yang terletak 500 kilometer dari sempadan Malaysia.

Ia tergelincir di antara Stesen Thameanglak di daerah Thepa dan StesenChanak di Songkla. 

Tags / Kata Kunci: Keretapi tergelincir , Songkla

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan