PAS Akui Sukar Berdakwah di Selangor Jika Kemelut MB Berlarutan

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 11:54 PM

Husam Musa.

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa melahirkan kebimbangan parti itu bakal berdepan kesukaran menyebarkan dakwahnya di Selangor jika kemelut jawatan Menteri Besar negeri berkenaan berlarutan sehingga memaksa pilihan raya negeri diadakan.

Husam berkata beliau bimbang penyebaran dakwah di Selangor tidak dapat diteruskan jika kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan kerusi di negeri itu.
 
"Apa jadi kalau kemelut tidak berkesudahan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor terbubar? Adakah PAS pada masa itu boleh menanggung beban? Adakah kita mampu mengekalkan 15 kerusi, menambah atau kerusi akan berkurangan.
 
"Sekarang ini, sembilan kerusi kita menang dengan tipis, kita bimbang takut-takut hilang kerusi itu. Kalau kita kehilangan kerajaan Selangor, maka kita akan kehilangan dakwah dan bukannya pangkat," katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja pada Sabtu.

Oleh itu, beliau berkata kemelut berhubung isu Menteri Besar Selangor amat penting untuk diselesaikan demi menjaga hati dan harapan pengundi di negeri berkenaan yang menyokong PAS selama ini.
 
Seorang lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula meminta seluruh anggota parti tidak terlalu memikirkan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan tertinggi parti untuk diselesaikan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya menggunakan medium yang betul untuk membuat sebarang teguran, termasuk kepimpinan tertinggi PAS, kerana langkah itu bukan sahaja dapat memelihara parti malah memperkukuh ukhwah dalam kalangan anggota parti berkenaan.
 
"Apa yang kita alami pada hari ini bukanlah perkara baharu. Kita mungkin berniat baik tetapi gunalah saluran yang betul," katanya sambil menambah PAS juga perlu mempergiat program tidak formal bagi menjalin ukhwah dalam kalangan anggota parti.

Sementara itu, Salahudin Ayub, yang juga Naib Presiden PAS, meminta semua anggota parti tidak lagi memfitnah atau memperlekeh Datuk Seri Abdul Hadi Awang seiring kematangan parti yang mencecah usia 60 tahun.

Tags / Kata Kunci: MB Selangor , Husam

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan