Saya Tiada Niat Jatuhkan Hadi - Mat Sabu

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 11:31 PM

Mohamad Sabu.

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah tidak mempunyai sebarang masalah dengan presiden parti itu.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata kenyataannya kepada media berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor adalah hasil yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan beliau hanya mengetuai parti pada sidang akhbar itu.

"Tujuan mahu menjatuhkan Presiden tidak ada langsung dalam jiwa. Saya ingin sebut sekali lagi, apa yang saya cakap kepada wartawan adalah hasil mesyuarat.

 
"Pada 17 Ogos itu, saya mengepalai kenyataan kepada wartawan tetapi tidak ada satu titikpun yang saya ubah apa yang ditandatangani Presiden. Keputusan kita, jawatan MB bukan daripada kita (PAS). Begitu juga sidang akhbar pada 7 Sept, juga hasil mesyuarat jawatankuasa, bukan pandai-pandai tetapi ia juga keputusan mesyuarat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja di sini, Sabtu.

Mat Sabu berkata beliau sentiasa menyokong kepimpinan Abdul Hadi malah pernah turun padang membantu Anggota Parlimen Marang itu dalam menghadapi pilihan raya umum.

Walaupun mempunyai kuasa untuk menandatangani perkara tertentu sekiranya ketiadaan Abdul Hadi namun beliau tetap melakukan rujukan dengan bertemu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagi mendapatkan pandangan.
 
"Kalau dia (Mustafa) kata jangan tandatangan lagi, saya tidak lakukannya walaupun presiden tiada, dan (jika) saya patut tandatangannya, itu maknanya saya dan Mustafa bersama-sama dalam membuat keputusan," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kecil hati apabila pelbagai tuduhan dilempar terhadapnya namun menyifatkan perkara itu sebagai 'sudah nasib beliau'.


Tags / Kata Kunci: Mat Sabu , Hadi Awang , MB Selangor

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan