Kerajaan Peruntuk RM20 Juta Setahun Baiki Kerosakan Harta Benda Awam

Diterbitkan: Sabtu, 20 September 2014 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

PUCHONG: Kementerian Wilayah Persekutuan memandang serius masalah vandalisme yang mengakibatkan kerajaan perlu memperuntukkan RM20 juta setiap tahun untuk memperbaiki harta benda awam yang rosak di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, kata Timbalan Menterinya Datuk Dr J.Loga Bala Mohan.

"Lebih 30 peratus harta benda awam dirosakkan dan perkara ini bukan sahaja melibatkan rakyat kita yang buat tetapi warga asing juga turut terlibat.

Kita akan lakukan satu pendekatan yang holistik tahun depan dalam membendung masalah ini dari terus berleluasa, dan saya harap orang ramai juga boleh memainkan peranan penting untuk memerhati dan melaporkannya kepada pihak berkuasa," katanya kepada Bernama selepas merasmikan acara Mencari Harta Karun Sempena Hari Keamanan Sedunia, di sini, Sabtu.

Beliau berkata rekod vandalisme yang tertinggi dicatatkan di Kuala Lumpur dan antara harta benda awam yang sering dirosakkan adalah telefon awam, tong sampah, papan tanda, kerusi malah ada yang mencuri besi penutup longkang.

Dalam pada itu Dr Loga Bala Mohan berkata pihaknya juga akan meneruskan kempen kesedaran membendung gejala vandalisme di peringkat sekolah dalam mendidik dan membanteras perkara itu daripada berleluasa.

Ditanya mengenai fungsi 1,200 unit kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar ibu kota untuk mengecam pihak yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu, beliau berkata agak sukar mengecam mereka yang bertanggungjawab kerana kegiatan vandalisme itu kebiasaannya dilakukan pada waktu malam.

Acara mencari harta karun itu dianjurkan oleh Persatuan Pure Life Society dan ia merupakan kali kelapan pertubuhan itu menganjurkan acara yang melambangkan sokongannya terhadap keamanan.

Acara itu melibatkan 15 peserta daripada pelbagai badan bukan kerajaan yang akan menjelajah dari Kuala Lumpur ke Taiping, Perak sempena menyambut Hari Keamanan Sedunia.


Tags / Kata Kunci: Kuala Lumpur

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan