UPSR Bocor: Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Bebas 24 September

Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 3:11 PM

Tun Zaki Tun Azmi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankusa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada 24 September ini.

Pengerusinya, Tun Zaki Tun Azmi berkata, jawatankuasa bebas perlu difokuskan kepada usaha mengkaji, meneliti dan menilai proses kerja dan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan peperiksaan awam, Kementerian Pendidikan termasuk cadangan penambahbaikannya.

“Perkara ini perlu disegerakan dan telah menetapkan mesyuarat pertama bagi jawatankuasa ini pada 24 September di Lembaga Peperiksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan pada Selasa lalu mengumumkan Zaki sebagai pengerusi jawatankuasa bebas untuk mengkaji semula SOP Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Zaki yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin di atas kepercayaan melantiknya untuk mempengerusikan jawatankuasa bebas itu.

"Tugas dan amanah ini akan saya laksana sebaik mungkin agar integriti dan kepercayaan rakyat keseluruhannya terhadap proses pelaksanaan peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan diyakini sepenuhnya,” katanya.

Penubuhan jawatankuasa bebas itu berikutan kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi Sains dan Bahasa Inggeris. Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 September 2014 sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Seramai lapan ahli di bawah jawatankuasa bebas, terdiri daripada individu-individu berprofil tinggi, berpengalaman dan pakar dalam pelbagai bidang termasuk undang-undang, pendidikan, perguruan, sekuriti siber, multimedia, komunikasi, dan keselamatan.

Kesemua mereka ialah Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh; bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Professionalisme Keguruan), Datuk Dr Asariah Mior Shaharuddin; bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi; dan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Datuk Johari Jamaluddin.

Ia turut dianggotai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab; bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri K. Kumaran dan Setiausaha Agung NUTP & Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Peng. 

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan