Soalan UPSR Bocor: Integriti Guru Tidak Terjejas - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 6:03 PM

Muhyiddin Yassin (kanan) menikmati jamuan makan tengahari pada majlis Kenduri Rakyat selepas menunaikan solat Jumaat di perkarangan Masjid Mukim Pak Keral sempena lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri ke Negeri Kelantan pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Integriti dan kewibawaan warga pendidik di seluruh negara tidak terjejas walaupun negara digemparkan dengan isu kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kes itu sedikit mencalarkan imej Kementerian Pendidikan, namun ia tetap tidak menjejaskan nama baik para guru.

"Saya yakin imej guru tidak terjejas dan sebahagian besar atau pun 99.9 peratus guru sentiasa memelihara integriti dan kemuliaan perjawatan perguruan. Mereka tetap dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat.

"Sebab itu, kita teruskan kerjaya kita secara bersungguh-sungguh...secara amanah. Janganlah peristiwa ini sebabkan kita rasa gusar atau agak terlalu kecewa," katanya ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Warga Pendidik di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang dan calon  Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail.

Kira-kira 600 warga pendidik di daerah Tumpat hadir pada majlis itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata isu berkenaan harus dijadikan iktibar oleh semua pihak dan tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Katanya beliau memahami perasaan guru dan murid terbabit dengan insiden itu dan sejak awal lagi isu itu berlaku, beliau telah memohon maaf kepada ibu bapa dan murid.

"Saya sebagai Menteri Pendidikan tidak boleh lari daripada memikul tanggungjawab ini dan saya awal-awal lagi memohon maaf pada ibu bapa dan pelajar kerana mereka terpaksa kembali semula ke sekolah pada 30 September.

"Peristiwa ini hanya libatkan beberapa orang guru dan ini tidak gambarkan bahawa masalah ini sudah jadi masalah besar," katanya.

Muhyiddin berkata fokus utama yang perlu diberi perhatian sekarang ialah melihat arah tuju dan masa depan pendidikan negara melonjak di persada dunia.Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana dalam tempoh 13 tahun akan datang, iklim pendidikan negara perlu melonjak naik dan menjadi kebanggaan semua.

"Sebab itu kita letakkan sasaran dalam tempoh 13 tahun, kita mesti melonjak kepada satu pertiga kedudukan di atas dan bukan di bawah. Ini bukan perjalanan yang mudah tetapi memerlukan komitmen semua," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin mengharapkan guru-guru yang menjadi pengundi  berdaftar di DUN Pengkalan Kubor memilih Mat Razi pada PRK 25 Sept ini.

"Beliau adalah bekas pegawai pelajaran dan merupakan calon tepat buat semua pihak. Ia satu penghormatan kerajaan kepada warga pendidik,"  katanya.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas. 

Pada PRK itu, Mat Razi akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Muhyiddin Yassin , UPSR

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan