Pelantikan MB: Pakatan Rakyat Perlu Akur Keputusan Sultan - PAS

Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 11:31 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Pakatan Rakyat diminta akur terhadap keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan menteri besar yang baharu pada Selasa depan.

Perwakilan PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa berkata, kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP perlu memahami bahawa isu pelantikan menteri besar Selangor berada diluar bidang kuasa PAS.

"Apa sahaja keputusan yang datang daripada istana selepas ini bukan atas kehendak PAS.

"Pakatan Rakyat harus menerima keputusan tersebut atas dasar Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Jumaat.

Bagaimanapun Mohd Khairil Anuar mencadangkan supaya Muktamar PAS kali ini meluluskan usul khas bagi menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung jawatan menteri besar Selangor.

"Saya cadangkan supaya muktamar buat dan luluskan usul tergempar bahawa PAS menolak jawatan menteri besar sebagai menghormati dasar setiakawan dalam Pakatan Rakyat seperti yang dipertegaskan presiden.

"Tapi kalau sultan nak juga kepada PAS, apa nak buat? Sekurang-kurangnya kita telah menjawab dengan rakan-rakan kita bahawa seluruh anggota bersama dengan presiden untuk kekal dalam Pakatan Rakyat. Tapi apa yang berlaku adalah kehendak sultan...jadi terlepaslah kita," katanya.

Perkembangan terbaharu kini menyaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk melantik menteri besar yang baharu pada Selasa ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan majlis mengangkat sumpah menteri besar baharu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang.

Perkembangan terkini itu menimbulkan kebimbangan di kalangan ahli dan pemimpin PAS bahawa kemungkinan menteri besar Selangor yang baharu adalah daripada wakil rakyat parti itu.

Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengejutkan semua pihak khususnya PKR dan DAP apabila beliau sendiri menghantar tiga nama calon menteri besar kepada istana Selangor pada 3 September lalu.

Dikatakan turut senarai dikalangan tiga nama iaitu adalah wakil rakyat PAS Selangor.

Tags / Kata Kunci: MB Selangor , PAS , DAP , PKR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan