Kes Rogol: Hanya 10 Peratus Dilaporkan - WAO

Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 12:02 PM

Ivy Josiah.

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Kurang kesedaran mengenai rogol dan stigma mengenai isu tersebut menjadi punca utama ramai mangsa tidak tampil untuk membuat laporan.

Menurut Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), bagi setiap satu kes rogol dilaporkan, sembilan lagi tidak dilaporkan dan ini disebabkan oleh masyarakat akan mempersalahkan mangsa apabila insiden tersebut berlaku.

Pada tahun lalu sahaja, seramai 34 orang menghubungi WAO bagi mendapatkan bantuan kerana trauma dirogol.

Laporan terperinci menunjukkan kebanyakan mangsa mendekati pertubuhan menerusi panggilan telefon dan hanya 10 daripada mereka berjumpa dengan kaunselor.

Pengarah Eksekutif WAO, Ivy Josiah berkata, tidak seperti kebanyakan negara lain, masyarakat di Malaysia takut untuk berbicara mengenai rogol kerana stigma.

"Di barat, talian hotline berkaitan kes rogol sibuk sepanjang hari, tetapi di sini, walaupun sering berlaku jenayah itu, mangsa tidak tampil ke hadapan kerana kita kurang kesedaran mengenai isu ini dan ramai yang sangsi sama ada mereka akan dilindungi selepas itu atau tidak.

"Jika mereka tampil untuk bercakap mengenainya, ia hanya akan dilakukan dua atau tiga tahun selepas mereka mengalami kejadian itu," katanya ketika dihubungi The Star Online.

Ivy menambah, mangsa yang menghubungi pertubuhan itu selepas beberapa tahun mengalami kejadian itu masih berhadapan dengan trauma agak teruk.

"Jika anda melihat rekod kami, lebih ramai yang tampil dan bercakap mengenai keganasan domestik kerana mangsa meraih lebih banyak simpati dan seseorang pasti akan memberitahu mereka supaya jangan bimbang.

"Sebaliknya, mangsa rogol yang mendapatkan bantuan akan melalui 'pencabulan kali kedua' apabila mereka sering diajukan soalan-soalan seperti 'apa yang awak buat dengan dia?', 'kenapa awak berada di situ ketika itu?', 'kenapa awak berpakaian seperti itu?' dan perkara itu menyebabkan mangsa mengambil keputusan untuk berdiam diri."

Beliau menegaskan adalah mengecewakan apabila pelaku (perogol) dibiarkan tanpa dipersoalkan, dan akhirnya mangsa sendiri yang dipersalahkan.

"Bila ada masyarakat yang akan menyatakan bahawa ia adalah salah anda sekiranya anda dirogol, mangsa tidak lagi mempunyai persekitaran yang kondusif untuk mendapatkan sokongan.

"Melainkan jika mangsa mengalami pendarahan atau didera, polis sering meragui kenyataan mereka, sehingga mengabaikan hakikat bahawa sesetengah wanita tidak melawan ketakutan dalam hidup mereka," katanya sambil menambah bahawa 80 peratus daripada mangsa yang datang kepada pertubuhan itu dirogol oleh seseorang yang mereka tahu, dan sering malu bahawa mereka tidak meramalkan serangan seperti itu berlaku.

Ivy menambah, di samping meningkatkan kesedaran rogol dalam masyarakat Malaysia, spesifikasi rogol juga penting. 

"Orang ramai perlu tahu apakah rogol hak-hak mereka dari segi melindungi tubuh mereka. 

"Mereka perlu faham bahawa walaupun undang-undang menyatakan rogol adalah hubungan seks, eksploitasi menerusi gambar-gambar wanita untuk menjejaskan maruahnya dan mengawal seksualnya juga merupakan salah satu rogol emosi mengurangkan beliau dan mengawal seksualiti beliau juga merupakan bentuk pencabulan emosi," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan