Zahid Khuatir Pembangkang Buat Fitnah Sekarang, Minta Maaf Lepas PRK

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 7:24 PM

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi menggesa para pengundi di Pengkalan Kubor supaya tidak terpengaruh dengan fitnah dan dakwaan tidak berasas oleh pembangkang.

Katanya, beliau khuatir dakwaan dan fitnah pembangkang hanya dibuat pada musim pilihan raya, tetapi selepas itu mereka menarik balik tuduhan jahat berkenaan.

"Saya harap pengundi di Pengkalan Kubor jangan sangat terpengaruh dengan penyelewengan fakta oleh pembangkang.

"Saya khuatir ini hanya berlaku pada pilihan raya kecil, pilihan raya negeri atau pilihan raya umum sebab daripada kes-kes yang banyak dibawa ke mahkamah, apabila ada tuduhan dan fitnah begini, akhirnya mereka memohon maaf," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Pengkalan Kubor di sini, Khamis.

Katanya ketika tuduhan ditarik balik atau permohonan maaf dibuat, rakyat telah terpengaruh dengan dakwaan yang dibuat oleh mereka sebelum ini.

"Akhirnya mereka akan menarik balik, tetapi rakyat pada ketika itu telah terpengaruh dengan dakyah dan tohmah mereka.

"Saya harap kali ini di Pengkalan Kubor perkara ini (dakwaan) jangan dipercayai," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa dakwaan yang dilemparkan terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kempen PRK Pengkalan Kubor.

Antara dakwaan yang sering dimainkan pembangkang termasuklah isu royalti dan tuduhan kononnya kerajaan pusat telah membayar sejumlah royalti petroleum kepada kerajaan Thailand kerana pendaratan minyak di Songkhla.

"Ini adalah tuduhan politik, jika tuduhan itu ada bukti yang kukuh saya fikir ia boleh di bawa ke mahkamah.

"Oleh kerana kes royalti masih lagi berada di mahkamah kita harap mahkamah akan memutuskan sama ada kerajaan Kelantan layak atau sebaliknya," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberi jaminan bahawa pihak polis akan memastikan kempen PRK Pengkalan Kubor berjalan dalam keadaan tenteram dan selamat.

Katanya, polis tidak akan mengganggu mana-mana pihak yang berkempen mengikut undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya.

Tags / Kata Kunci: Pengkalan Kubor

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan