UPSR: Kebocoran Libatkan Rangkaian Guru-Guru Bukan Sindiket Jenayah

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 6:42 PM

Ahmad Zahid Hamidi menerima cenderahati daripada Mejar Jeneral Hazim Attallah ketika menerima kunjungan Ketua Polis Palestin itu di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Khamis. Turut sama ialah Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al-Agha (kiri).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya melibatkan serangkaian guru-guru sekolah dan bukan sindiket jenayah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Beliau  bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada guru-guru yang ditahan polis sebelum ini berhubung kes kebocoran itu mempunyai hubungan antara satu sama lain.

“Kita dah tahan beberapa individu dan apa yang diperoleh polis adalah merekaini terlibat dalam bidang pendidikan di peringkat sekolah rendah.

“Berdasarkan maklumat dari siasatan yang telah dilakukan, ia melibatkan hanya individu tetapi ada kemungkinan rangkaian dalam kalangan mereka untuk beri kemudahan menjawab soalan kepada kumpulan tertentu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Polis Palestin Mej Jen Hazim Atallah dipejabatnya pada Khamis.

Menteri itu mengesahkan akan ada lagi tangkapan baharu berhubung kes itu dalam kalangan warga pendidik.

“Tangkapan lain ada...tidak libatkan VIP tetapi warga pendidik iaitu guru sekolah dan guru besar dan rangkaian ini dalam kalangan mereka sahaja...kita juga akan siasat sama ada individu yang sama melakukan kebocoran pada tahun-tahun sebelum ini," katanya.

Setakat semalam, polis telah menahan 12 individu terdiri daripada 10 guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera bagi membantu siasatan kes kebocoran kertas peperiksaan itu manakala 18 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama. 

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.

Sementara itu semasa diminta mengulas tindakan anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen yang mempertikaikan lagu kebangsaan Negaraku dimainkan dipanggung wayang, Ahmad Zahid berkata beliau seharusnya menghormati lagu kebangsaan.

"Adakah dia anggap Malaysia sama taraf dengan komunis...dia sebagai ahli politik biarpun berbeza parti dia patut hormat lagu itu. Dia patut tahu bezakan pegangan politik dan ketaatan kepada negara apatah lagu itu lagu kebangsaan.

”Saya sukacita apabila dia tarik balik dan memohon maaf bermakna dia adakesedaran atas kesalahan yang dilakukannya," katanya.

Chong baru-baru ini didakwa mempertikaikan lagu Negaraku yang dimainkan dipawagam dalam akaun Facebooknya, telah mendapat kritikan pelbagai lapisan masyarakat sehingga membuatkan beliau akhirnya memohon maaf secara terbuka di Facebook dan menarik semula status tersebut.

Tags / Kata Kunci: UPSR

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan