PKR, DAP Boikot Muktamar PAS? - Berita Semasa | mStar

PKR, DAP Boikot Muktamar PAS?

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 1:37 PM

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din tiba pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja, Batu Pahat pada Khamis

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Keretakan hubungan di antara PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP dalam Pakatan Rakyat kini semakin jelas dan berlarutan apabila tiada kelibat pemimpin utama daripada kedua-dua parti berkenaan menghadiri majlis perasmian muktamar tahunan yang bermula Khamis.

Malah situasi yang sama turut dilihat berlaku ketika Kongres Nasional PKR di Shah Alam pada bulan lalu apabila pemimpin tertinggi PAS juga tidak hadir bagi memberi sokongan.

Pada majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, PKR hanya diwakili dua naib presidennya iaitu Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin sementara DAP hanya diwakili Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya berhubung perkara itu menolak dakwaan kononnya PAS diboikot.

"Tak..tak...ada pemimpin mereka datang. Tak timbul (diboikot)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian muktamar.

Pakatan Rakyat kini dilihat berhadapan krisis dalaman membabitkan isu menteri besar Selangor.

Sejak PKR melancarkan 'Langkah Kajang' untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar awal tahun ini, PAS-PKR-DAP dilihat bergelut dalam krisis berpanjangan yang belum akhir.

Sejak isu berkenaan timbul, PAS mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.

Tags / Kata Kunci: PAS , DAP , PKR
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan