Kemenangan PAS Di Pengkalan Kubor, Isyarat Rakyat Tolak GST - PKR

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 9:50 AM

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR: PAS perlu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kerana ia akan memberi petunjuk kepada kerajaan untuk mempertimbangkan semula langkah mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tahun depan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kemenangan PAS penting sebagai 'isyarat' kepada kerajaan Persekutuan bahawa rakyat menolak kenaikan harga barang dan membantah pelaksanaan (GST).

"Saya yakin dan percaya Pengkalan Kubor menjadi satu ujian sama ada GST bulan ini akan dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya.

"Kita harus memberi isyarat kepada kerajaan Persekutuan supaya 'dengar suara rakyat', kita tak berkompromi dengan kerajaan," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam kempen PRK Pengkalan Kubor dari rumah ke rumah, di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ketil, di sini, malam Rabu.

Kehadiran wakil PKR itu adalah sebagai membantu rakan sekutu mereka yang terpaksa menghadiri muktamar tahunan parti di Johor.

Ahli Parlimen Kuala Langat itu berkata, pengundi di Pengkalan Kubor mewakili keseluruhan 28 juta rakyat Malaysia yang memprotes kenaikan harga barang dengan pelaksanaan GST.

"Termasuk orang Umno sebab cukai ni tak kira orang PAS atau orang Umno.

"Kita nak beritahu orang Umno bahawa orang Umno pun kena bayar cukai," katanya.

Beliau menambah, kenaikan harga barang berlaku kerana selama ini rakyat bersikap tidak peduli dan tidak pernah memberi isyarat protes terhadap kerajaan.

"Rakyat sokong, kemudian empat tahun merana. Ini yang berlaku dan ia berterusan. Budaya ini kena berubah.

"Kalau kita menang di sini, bajet 10 Oktober ini akan menjadi 'bajet mesra rakyat', kalau kalah akan jadi 'bajet mangsa rakyat'," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menggesa kerajaan Persekutuan supaya menyerahkan wang royalti kepada kerajaan negeri dengan cara beradab dan tidak 'bermain dengan undang-undang'.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan selepas Datuk Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia akibat kanser hati 20 Ogos lalu.

Pilihan raya kali ini menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Mat Razi Mat Ail (BN), Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).


Tags / Kata Kunci: Pengkalan Kubor , GST , PAS , Umno , PKR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan