MH17: Najib Sampaikan Sijil Penghargaan Kepada Anggota Pasukan DVI M'sia

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 10:51 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Anggota Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17, Datuk Dr Zahari Noh yang juga Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang di Dewan Serbaguna, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Khamis. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menyampaikan sijil penghargaan kepada 19 rakyat Malaysia yang membantu mengenal pasti mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Belanda.

Kalangan penerima termasuk pakar forensik daripada Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. 

Sijil yang ditandatangani perdana Menteri itu adalah untuk mengiktiraf jasa bakti dan sumbangan mereka dalam misi mengenal pasti jenazah nahas MH17 sebagai sebahagian anggota Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Pasukan DVI Malaysia telah membantu proses penandaan dan pemindahan jenazah mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh. Selain 43 rakyat Malaysia, penumpang lain MH17 terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Ketua Pasukan DVI Malaysia, Dr Mohd Shah Mahmood berkata, pasukan DVI Malaysia mempunyai kemahiran yang setanding dengan pasukan forensik antarabangsa yang lain. 

"Kelebihan pasukan DVI Malaysia adalah kita mempunyai seorang pakar tulang yang menjadi rujukan kepada pasukan forensik antarabangsa. Tulang-tulang yang dijumpai akan dirujuk kepada pasukan DVI Malaysia," katanya.

Sementara itu, Brig Jen Datuk Dr Mohd Ilham Haron yang terlibat dalam proses pengambilan mayat di tapak nahas di Ukraine dan proses pengecaman, berkata pasukan DVI Malaysia mendapat pengiktirafan dari pasukan DVI antarabangsa.

"Kita telah membawa peralatan yang paling moden dan juga pakar yang berpengalaman ke sana untuk melakukan proses pengecaman.  

"Selain itu, cabaran terbesar adalah pasukan kami mempunyai had masa untuk melakukan proses pengecaman mangsa dan pada masa melakukan yang terbaik kerana satu dunia melihat kita melakukan proses pengecaman dan kecekapan kita," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan