PAS Rahsiakan Lokasi Ceramah PRK, Dakwa Takut Diganggu BN

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 1:17 PM

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR: PAS mendakwa terpaksa merahsiakan lokasi ceramah utamanya sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 23 September ini kerana ingin mengelakkan daripada diganggu parti lawan.

Pengarah Jawatankuasa Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abd Rahim Wan mendakwa, tindakan merahsiakan ceramah utama itu dibuat selepas parti itu pernah 'diganggu' oleh Barisan Nasional (BN) yang bertanding di DUN sama.

"Itu (lokasi) ceramah dirahsiakan. 22 September ini baru kita isytihar.

"Kita pernah kena apabila kita isytihar awal dia (BN) pergi buat (ceramah) di sebelah. Lepas tu polis mari suruh batal dua-dua. Kena rahsialah sikit," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS, di sini, Khamis.

Difahamkan ceramah utama PAS pada 23 September, bakal disampaikan oleh pimpinan utama parti tersebut seperti bekas Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan beberapa individu penting lain yang dikatakan dapat mempengaruhi pengundi.

Beliau menambah, PAS sebelum ini pernah berdepan situasi sama di PRK Kemuning, Machang, Kelantan pada tahun 1983 dan ketika itu lokasi ceramah utama dihebahkan lebih awal kepada pihak polis, masyarakat setempat dan pihak media.

"Bila kita maklumkan kepada polis dan beritahu media, pihak lawan dia pergi buat...kita banyak kali kena.

"Yang kita kena sekali tahun 1983 di PRK Kemuning, dia (BN) pergi buat sebelah-sebelah," katanya.

Menurut Wan Abd Rahim dalam siri kempen PAS kali ini, parti itu hanya menganjurkan dua ceramah besar iaitu pada 19 September dan 23 September ini.

Ceramah 19 September akan diadakan di Pantai Geting, Pengkalan Kubor.

"Kita tak susun ceramah besar, tumpu hanya ceramah kelompok, rumah ke rumah dan ceramah mini.

"Ceramah besar hanya 19 September ini yang melibatkan Tok Guru Nik Aziz dan 23 September ini akan menghimpunkan pimpinan ketiga-tiga parti," katanya.

Tambahnya, kehadiran mursyidul am PAS di Pengkalan Kubor adalah inisiatif beliau sendiri tanpa dijadualkan.

"Kehadiran Tok Guru Nik Aziz tanpa diminta atau diprogramkan kerajaan, dia datang beri amanat dan semangat kepada jentera pilihan raya dan calon serta bantu program.

"Dia tak dapat pergi muktamar, pilihan dia yang utama ialah hadir ke sini," katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim mengingatkan BN dan calonnya, Mat Razi Mat Ail supaya tidak menggunakan taktik jahat untuk berkempen.

Beliau berkata demikian selepas telefon pimpinan PAS peringkat kawasan digodam, dipercayai bertujuan melaga-lagakan PAS dengan PKR.

"Saya nasihatkan BN terutamanya calon yang digelar usataz supaya tidak guna taktik jahat sesuai dengan imej selaku calon berserban dan berjubah," katanya.

Katanya, dia yakin ia adalah perbuatan parti lawan dan menolak kemungkinan ia merupakan sabotaj pihak dalam parti.

Tags / Kata Kunci: Pengkalan Kubor , PAS , BN

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan