Najib Isytihar Kuala Nerus Daerah Ke-8 Terengganu

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 6:13 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memeriksa perbarisan askar wataniah Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) sewaktu tiba untuk majlis pecah tanah Hospital Pengajar UnisZA pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengisytiharkan daerah Kuala Nerus sebagai daerah kelapan dalam negeri Terengganu.

Beliau berkata langkah untuk menaik taraf Kuala Nerus sebagai sebuah daerah yang baharu adalah bertepatan kerana ia telah lengkap dengan kemudahan dan infrastruktur awam.

"Saya rasa semua sebulat suara nak, dengan sukacitanya saya (umumkan) bahawa kerajaan telah bersetuju menaik taraf Kuala Nerus sebagai sebuah daerah yang baharu.

"Maka dengan pengumuman yang amat bersejarah ini, tuan-tuan dan puan-puan di Kuala Nerus dapat dua benda iaitu dapat Hospital Pengajar UniSZA dan dapat daerah bahru," katanya sambil disambut sorakan gemuruh orang ramai yang hadir.

Najib mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis pecah tanah projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak di sini .

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Pro-Canselor UniSZA Tan Sri Dr Mohamad Yusof Mohamed Nor dan Naib Canselor UniSZA Datuk Dr Yahaya Ibrahim.

Dalam pada itu, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu atas perancangannya menerusi 'Terengganu Transformasi Baru' yang dilihat membawa lebih kemajuan kepada negeri itu.

Kuala Nerus berkeluasan 39,890 hektar dengan populasi lebih 200,000, kini pesat membangun dengan kedudukannya sebagai tapak institusi pengajian tinggi, institut kemahiran dan industri di samping banyak projek perumahan serta Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Daerah lain di Terengganu ialah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Sementara itu, Ahmad Razif mengucapkan ribuan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan yang bersetuju menjadikan Kuala Nerus sebagai sebuah daerah.

Katanya pengumuman tersebut amat dinantikan oleh lebih 200,000 penduduk di Kuala Nerus dan sudah pastinya ia membuktikan bahawa Kuala Nerus sememangnya layak menjadi sebuah daerah baharu.

Tags / Kata Kunci: Terengganu , Kuala Nerus

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan