Sebahagian RM26 Juta Dikirim Ke M'sia Biayai Keganasan Disiasat, Lapor The Australian

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 12:00 PM

Pejabat Bisotel Rieh di Lakemba, Sydney. Foto News Corp Australia

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat kiriman wang di Australia dikaitkan dengan keluarga seorang pengganas disiasat oleh pihak polis berikutan terdapat pemindahan wang yang mencurigakan untuk individu di Malaysia, lapor The Australian

Ia melaporkan bahawa Polis Persekutuan Australia sedang menyiasat Bisotel Rieh Global Money Transfer terhadap pemindahan lebih A$9 juta (RM26 juta) dalam dana yang hilang, di mana pihak berkuasa bimbang ia mungkin digunakan bagi membiayai warga Australia untuk berjuang dengan Negara Islam (IS).

Agensi Pematuhan dan Risikan Kewangan (AUSTRAC) mengumumkan bahawa ia telah menggantung syarikat berkenaan, yang mengadakan perdagangan itu di Lakemba, bandar pinggir barat Sydney, selepas gagal mengisytiharkan pemindahan keluar dana A$9 juta dari Australia.

The Australian melaporkan bahawa salah satu pengarah syarikat itu, Damour Sharrouf kononnya merupakan kakak kepada Khaled Sharrouf, seorang warga Australia yang berjuang dengan Negara Islam.

Ketua eksekutif AUSTRAC, John Schmidt dilaporkan berkata, Bisotel Rieh yang pakar dalam pemindahan wang ke Timur Tengah, gagal mengisytiharkan A$9 juta antara Januari dan Ogos tahun ini.

"Perangkaan itu tidak kelihatan sepadan. Ia satu perbezaan yang agak besar dalam tempoh yang singkat.

"Kami begitu yakin bahawa dengan pendaftaran yang berterusan... mungkin melibatkan pembiayaan untuk risiko keganasan besar,'' jelas Schmidt dipetik sebagai berkata oleh The Australian

Dokumen yang dikeluarkan oleh AUSTRAC menunjukkan pegawai-pegawai agensi itu melawat perniagaan itu pada Mei dan menetapkan bahawa ia "mengatur tunai secara pukal kepada untuk diseludup dari Turki ke Lubnan", berikutan ia tidak dapat mengakses akaun bank di Lubnan.

The Australian melaporkan bahawa pendedahan ini mendorong kepada siasatan lebih besar, yang membawa kepada pendedahan mengenai syarikat itu memindahkan sebanyak tiga kali berjumlah kira-kira A$38,000 (RM110,300) kepada individu yang tidak dinamakan di Malaysia.

AUSTEC juga berkata, ia adalah "seolah-olah kebetulan" apabila agensi itu membuat satu lagi pemindahan wang ke Malaysia dalam tempoh sama.

Khaled Sharrouf melarikan diri ke Syria dengan teman perjuangannya, Mohamed Elomar pada akhir tahun lepas, yang transit melalui Malaysia.



iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan