Kementerian Gesa Pemilik Perniagaan Daftar Awal Bagi GST

Diterbitkan: Khamis, 18 September 2014 5:37 PM

Ahmad Maslan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan menggesa pemilik perniagaan supaya mendaftar awal bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk mengelak masalah tidak dijangka. 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beberapa proses yangperlu dilaksanakan seperti mengira input dan output cukai serta mengemukakannya secara dalam talian kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.  Z

"Invois yang keluar diperoleh daripada Jabatan Kastam dan jika diproses padasaat-saat akhir, saya bimbang masa tidak mencukupi untuk mengatasi dan menyelaras sistem anda dan melihat perancangan luar jangka sekiranya timbul masalah.

"Apabila GST dilaksanakan mulai 1 April, 2015, anda perlu mematuhi serta-merta dan jika tiada persediaan, ia akan menimbulkan masalah," katanya pada taklimat media pada Khamis.

Beliau berkata daripada 300,000 perniagaan yang berpotensi, hanya 39,047 telah memdaftar sehingga Rabu.

"Ini mewakili hanya 10 peratus," katanya. 

Mengenai sasaran minimum pendaftaran GST sebanyak 123,000 pemilik perniagaan, Ahmad berkata beliau yakin sasaran itu akan dapat dicapai sebelum akhir tahun.

"Jika terdapat purata 1,000 pendaftaran syarikat setiap hari, kita boleh mencapainya," katanya. 

Beliau berkata pada masa ini kadar pendaftaran antara 1,000 dan 1,400 syarikat setiap hari.  

Mengenai sama ada GST akan dikenakan terhadap produk petroleum, Ahmad berkata, kementerian masih belum membuat keputusan.

Tags / Kata Kunci: GST

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan