Perkhidmatan Tabung Haji Semakin Baik

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 10:52 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Perkhidmatan yang disediakan Tabung Haji dalam mengendalikan jemaah haji di sini semakin baik terutama dari segi penginapan dan juga sajian makanan, menurut seorang doktor gigi.

Dr Samsiah Hamidon, 63, yang mengerjakan haji 16 tahun lepas bersama suaminya, seorang jurutera telekomunikasi Ab Rahim Saleh, 64, berkata kini keadaan bilik penginapan jemaah haji amat memuaskan.

Begitu juga dengan makanan yang disediakan mencukupi untuk semua jemaah, katanya kepada media Malaysia di maktab penginapanannya di Hotel Qasr Al Janadiriyyah di sini.

Pemilik Kelinik Pakar Pergigian Periodontik di Subang Jaya yang mengerjakan ibadah haji kali kedua bersama kesemua empat anak dan menantu perempuannya berkata, bagaimanapun TH perlu memperkemaskan lagi sistem pendaftaran haji yang diamalkan sekarang.

TH perlu memaklumkan dengan jelas kepada jemaah haji mengenai dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran haji dan visa haji daripada melakukan secara berperingkat-peringkat, katanya.

Beliau berkata masalah timbul apabila dua anaknya tinggal di negeri lain iaitu anak bongsunya Dr Nina Farahana Saleha, 25, seorang doktor gigi di Kelinik Pergigian di Sibu, Sarawak, dan anak lelakinya Muhammad Arif Saleh, 26, seorang arkitek di Johor.

"Alhamdullillah masa TH memerlukan cap jari anak saya untuk permohonan visa, kedua-dua anak saya sedang bercuti raya," katanya dan menambah jika tidak ianya akan menyukarkan beliau mendapatkan dokumen itu.

Dr Samsiah berkata bagi beliau yang bekerja sendiri, tidak menjadi masalah berulang alik ke ibu pejabat TH untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan, tetapi bagi mereka yang tinggal jauh dan bekerja, mungkin menimbulkan kesukaran.

Beliau amat bersyukur kerana dapat bersama-sama keluarganya untuk mengerjakan haji seperti yang diimpikannya, tetapi sedih kerana suaminya tidak dapat bersama pada kali ini.

Dr Samsiah berkata, sebaik sahaja pulang daripada mengerjakan haji pada tahun 1998, beliau dan suami melahirkan hasrat untuk membawa kesemua anak-anak mereka iaitu Aditya Adri Saleh, 38, Aisyatul Aizzura Saleha, 34, Muhammad Arif Saleh, dan Dr Nina Farahana Saleha untuk mengerjakan haji bersama mereka sekali lagi.

Beliau berkata apabila anak sulungnya Aditya Adri Saleh berkahwin, mereka telah membuat rayuan kepada TH untuk memasukkan nama menantunya Sharifah Khatijah Syed Mustaffa, 32, yang telah mendaftar di tahun yang berbeza untuk bersama mereka mengerjakan haji.

Dr Samsiah berkata beliau dan anak perempuan serta menantunya ditempatkan di bilik yang memuatkan lima jemaah haji, sementara dua anak lelakinya di bilik yang lain tetapi di tingkat yang sama.

"Ini telah memudahkan kami berhubungan dan bergerak," katanya.

Sementara itu, Aditya Adri Saleh berkata walaupun beliau pernah datang mengerjakan umrah, perasaan semasa mengerjakan ibadah haji jauh berbeza, malah memerlukan banyak kesabaran dan sentiasa dalam keadaan yang reda.

Beliau berkata mereka sepatutnya menaiki penerbangan KT27 tetapi terpaksa menukar penerbangan apabila dua hari sebelum penerbangan mereka dimaklumkan visa haji adik perempuannya belum diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi.

Selain itu, dua adiknya yang baru bekerja perlu mendapat kelulusan untuk cuti tanpa gaji bagi mengerjakan ibadah haji, katanya.

Bagaimanapun, ibadat haji kali ini begitu bermakna kepada mereka sekeluarga kerana tiga daripada ahli keluarga itu akan menyambut hari lahir mereka di sini iaitu Sharifah Khatijah pada 23 Sept, Dr Nina Farhana Saleha pada 27 Sept dan dirinya pada 30 Sept, katanya.

Tags / Kata Kunci: Tabung Haji

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan