PKR Bikin Kecoh, Dakwa Bilik Gerakan Diserbu SPR

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR: Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Telaga Lanas di sini sekali lagi diserbu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Rabu.

Pengerusi PKR negeri, Ab Aziz Ab Kadir berkata, serbuan terbaru itu adalah yang keempat dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

"Mereka minta kita turunkan 'banner' PKR di bilik gerakan kita di sini dengan alasan PKR tidak bertanding.

"Kita berunding dan beritahu mereka (SPR) kita tak akan turunkan banner, tetapi kita akan ubah suai sedikit, tutup logo PKR dengan logo PAS," katanya yang ditemui di bilik gerakan PKR selepas serbuan SPR dilakukan.

Katanya, kerja-kerja pengubahsuaian bagaimanapun tidak akan dilakukan ketika serbuan dilakukan kerana cuaca yang panas.

"Tengoklah nanti, malam ini. Sekarang panas," katanya.

Menurut beliau, sebelum ini petugas pemantau telah datang ke bilik gerakan tersebut sebanyak tiga kali dan meminta kain rentang PKR diturunkan.

"Mereka hanya bercakap, secara lisan, tak ada surat amaran dikeluarkan.

"Bila kita minta surat, dia (SPR) berdolak-dalih," katanya.

Katanya, bilik gerakan tersebut digunakan untuk seluruh ahli PKR dari seluruh negara berkumpul dan menjalankan kerja-kerja pilihan raya bagi membantu rakan sekutu mereka PAS yang bertanding pada kali ini.

Sementara itu seorang pegawai SPR yang ditemui berkata pihaknya akan datang sekali lagi ke bilik gerakan tersebut pada malam ini untuk membuat pemeriksaan.


Tags / Kata Kunci: PKR , SPR , Pengkalan Kubor

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan