Kerajaan Pusat Sedia Tambah Baik Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 1:53 PM

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN KUBOR: Kerajaan sedia mempertimbangkan permintaan supaya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu diperbesarkan dan diberi penambahbaikan bagi menampung pengguna yang semakin bertambah.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kementerian bersedia mempertimbangkan permintaan itu dengan menggunakan kemudahan dan peruntukan yang sedia ada.

"Ada permintaan untuk membesarkan lapangan terbang. Saya dimaklumkan lapangan terbang di Kota Bharu telah mula sesak. Ini (permintaan) pun kerajaan akan pertimbangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program khas Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Kebangsaan Bunohan di sini, Rabu.

Katanya, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail.

"Saya membuka pintu (pejabat) seluas-luasnya kepada semua rakyat khususnya kepada pemimpin untuk memberi kemudahan yang ada di Kementerian Pengangkutan.

"Kita uruskan sistem pengangkutan awam darat, laut dan udara. Pengangkutan laut pun jika ada keperluan, kita akan tingkatkan ekonomi dalam soal pelabuhan di negeri ini," katanya.

Mengenai PRK Pengkalan Kubor, beliau yakin bahawa rakyat lebih yakin dengan BN yang telah memberikan khidmat selama tiga penggal.

Katanya, walaupun wujud kerajaan berbeza di negeri dan pusat, tetapi telah terbukti bahawa kerajaan BN mampu menawarkan nikmat kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

"Banyak peruntukan telah dinikmati masyarakat di sini walaupun ia terletak di bawah Parlimen PAS. Malah masyarakat hari ini lebih rasional dalam berdepan realiti sebenar," katanya.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan selepas Datuk Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia akibat kanser hati pada 20 Ogos.

BN mempertaruhkan pengasas sekolah pondok Mat Razi Mat Ail, manakala PAS meletakkan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan seorang lagi calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan