Muktamar PAS Kecoh, Pemuda Pertikai Keputusan Pemilihan

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 7:19 AM

Muktamar Tahunan Pemuda PAS dicemari insiden kekecohan apabila perwakilan mempertikaikan keputusan pemilihan sayap parti itu tahun lalu.-foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke-55 bermula kecoh apabila perwakilannya mempertikaikan keputusan pemilihan sayap parti itu pada tahun lalu yang dianggap tidak sah dan perlu dibatalkan.

Kekecohan timbul apabila seorang perwakilan Shah Alam mendedahkan bahawa terdapat lima kawasan di Johor tidak boleh diiktiraf kerana gagal mengadakan muktamar masing-masing pada tahun berkenaan.

Bagaimanapun menurut beliau, perwakilan daripada kelima-lima kawasan itu tetap mengambil bahagian dalam proses pemilihan yang berlangsung di Petaling Jaya.

Antara kawasan  yang dibangkitkan perwakilan pemuda PAS dari Shah Alam itu adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai.

"Lima kawasan itu tidak buat muktamar mereka. Tapi bagaimana mereka boleh hadiri Muktamar Pemuda Pusat?

"Malah mereka dibenarkan terlibat dalam pengundian. Kesannya begitu besar hingga kemungkinan parti kita ini boleh dibatalkan oleh ROS (Pendaftar Pertubuhan)," katanya  ketika sesi meluluskan laporan tahunan Muktamar PAS ke-54 di sini, Selasa malam.

Sementara itu seorang lagi perwakilan pemuda PAS dari Sabak Bernam, Mohd Labib Abd Jalil turut bangun menyokong kebimbangan yang disuarakan perwakilan Shah Alam itu.

"Setuju atau tidak jika kita katakan bahawa pemilihan lepas adalah pemilihan yang tidak sah," katanya.

Pertikaian berhubung status kesahihan pemilihan Pemuda PAS turut disokong dengan laporan bertulis yang diserahkan perwakilan Puchong, Mohd Rosharizan Mohd Roslan.

Cuba menenangkan keadaan, Pengerusi Tetap Pemuda PAS, Kamal Ashaari akhirnya menangguhkan persidangan selama 10 minit bagi memberi ruang kepada kepimpinan sayap itu melakukan semakan berhubung pendedahan berkenaan.

Kembali selepas itu, Kamal akhirnya mengumumkan bahawa Pemuda PAS tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan.

"Pada peringkat ini kita tak ada kuasa nak siasat. Tak perlu tunggu esok, malam ini juga saya akan serahkan laporan tadi kepada Majlis Syura Ulama," katanya.

Bagaimanapun keputusan Kamal itu tetap tidak meyakinkan perwakilan yang berterusan mempertikaikan status pemilihan Pemuda PAS.

Drama pertikaian itu semakin berpanjangan apabila Kamal dengan nada sebak mengarahkan perwakilan bertenang dan patuh kepada arahannya.

Beberapa minit kemudiaan, Muktamar Pemuda PAS dimaklumkan bahawa Kamal terpaksa dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas.

Tags / Kata Kunci: Muktamar PAS , Kamal Ashaari

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan