MAS Nafi Berita Palsu Penerbangannya Termasuk MH370

Diterbitkan: Rabu, 17 September 2014 9:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) pada Rabu menyangkal laporan tidak bertanggungjawab berhubung penerbangannya, termasuk penerbangan MH370 yang hilang.

Dalam kenyataan pada Rabu, MAS menafikan artikel yang diterbitkan dalam sebuah buku yang mendakwa mendapat "scoop" mengenai kehilangan penerbangan MH370 kononnya daripada pakar, wartawan Geoff Taylor dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kiwi Travel International Airlines Ewan Wilson.

Artikel itu mendakwa juruterbang MH370 sengaja mematikan bekalan oksigen dalam kabin dan mengaktifkan ciri pemanduan auto hingga menyebabkan kehilangan MH370.

"Tidak ada bukti untuk menyokong mana-mana dakwaan dalam buku itu yang hanya rekaan semata-mata dengan tujuan mencari keuntungan oleh pengarang dan penerbitnya," kata MAS.

Menurutnya mereka tidak terlibat dalam siasatan, namun mereka mengganggu bidang sains dan perubatan sebagai 'pakar' dengan merumuskan analisis yang di luar pengetahuan dan keupayaan mereka.

Sementara itu, MAS juga menafikan artikel bertajuk "Malaysia Airlines Flight Forced Into Emergency Landing After Flying Over Icelandic Volcano" yang disiarkan oleh laman portal worldnewsdaily.com

Artikel itu melaporkan bahawa "penerbangan MH131 dari Paris ke New York dipaksa mendarat di Iceland apabila juruterbangnya menerbangkan pesawat B777 hampir merapati gunung Bardarbunga yang masih aktif.

"Memang diketahui secara meluas bahawa MAS mengendalikan sektor Kuala Lumpur/Paris/Kuala Lumpur menggunakan pesawat A380. Syarikat kami tidak mengadakan penerbangan ke New York atau destinasi Amerika yang lain.

"Susulan tragedi baru-baru ini, dan di sebalik penderitaan semua, kami percaya artikel itu hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk mereka-reka cerita, menimbulkan salah faham dan menyemai rasa takut dalam kalangan orang awam," kata MAS.

Oleh itu, MAS mengutuk bukan sahaja cerita itu tetapi juga portal-portal berita yang tidak bertanggungjawab dan menggesa pihak berkuasa menyekat laman web itu dan menahan mereka yang bertanggungjawab atas penyiaran artikel berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Penerbangan Malaysia , MH131 , MH370

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan